2005-03-21

Membina Soalan

Para pelajar sekalian, hari ini kamu mempunyai tugas yang besar lagi berat. Kamu dikehendaki memikirkan soalan-soalan 'cepu emas' yang mungkin diuji untuk peperiksaan 'O', berdasarkan tema yang telah kamu sendiri tetapkan semalam. Saya harap kamu serius dalam menjalankan tugasan. Taipkan 'soalan-soalan' yang dapat kamu fikirkan. Jangan risau jika ada kesilapan bahasa, saya akan perbaikinya. Setiap kumpulan ditugaskan menyumbangkan 2-3 soalan. Selalu-selalulah lihat apa yang telah disumbangkan supaya pengulangan dapat dielakkan dan tugas kita ini akan menjadi lebih efektif ( berkesan ) dan bermanfaat. Ingat tumpuan kita ialah soalan-soalan untuk Bahagian A ( SKR/ SKTR / Dialog/ Ucapan / Syarahan ) Jika semua fokus, kita akan dapat selesaikan tugasan ini dan mulakan bab yang baru pada minggu hadapan iaitu - memikirkan bagaimana harus kita jawab soalan-soalan tersebut !

2 Comments:

At 9:21 AM, Blogger Ariff said...

M. Saiful Fazrie

dua orang sahabat sedang bersantai di pantai sambil berbincang tentang pencemaran yang sedang berlaku di dunia ini. Ali beritahu Azman bahawa pencemaran di dunia ini semakin teruk. Azman tidak setuju dan mereka berbahas tentang perbualan mereka.

 
At 10:35 AM, Blogger cgfilza said...

Terima kasih atas sumbangan kamu. Saya akan teliti kesemua soalan dan memperbaiki bahasanya ( mana yang perlu ). Pada minggu hadapan kita akan mulakan tugas berat yang seterusnya iaitu....jeng jeng jeng..

 

Post a Comment

<< Home