2005-11-23

Tugasan Cuti Sekolah

Wahai para pelajar yang jauh di mata,

Maaf kerana tidak dapat menepati janji untuk mengedarkan tugasan cuti sekolah disebabkan kesibukan yang dialami sehinggalah hari ini. Memandangkan saya akan terus sibuk sehingga 2hb Disember, saya hanya akan edarkan tugasan pada minggu selepas itu. Sila rujuk blog ini pada 8 hb Disember. Sementara itu, setelah puas berjalan raya, saya harap kamu semua berjinak-jinaklah dengan akhbar Melayu mahupun rancangan Melayu di televisyen ya supaya tidak lupa berbahasa Melayu baku !!!

Selamat Bercuti !!