1E- Permainan Tradisional
Kamu dikehendaki mencari maklumat tentang permainan tradisional orang Melayu. Kemudian kongsilah dapatan kamu itu dengan membuat sumbangan di ruangan ini. Ingat, setiap pelajar diwajibkan membuat sekurang-kurangnya satu sumbangan. Sila rujuk kertas soalan ( dalam 'folder' saya ) untuk mendapatkan keterangan lanjut.
PERINGATAN : Gunakan bahasa baku !

62 Comments:
Saya telah memilih permainin congkak untuk diselidiki dan dikongsi kepada kamu semua.
Permainan Congkak
Permainan ini dimainkan oleh perempuan baik anak-anak mahupun dewasa, pemain berjumlah 2 orang, alat yang digunakan dari kayu berbentuk seperti perahu dengan panjang 80cm dan lebar 15 cm, dan tinggi 10 cm, pada kedua hujungnya terdapat lubang yang disebut indung atau induk.
Diantara ke 2 induk terdapat lubang kecil berdiameter 5 cm dan setiap deret berjumlah 7 lubang, lubang diisi dengan biji-bijian sebagai alat bermain.
-:PERMAINAN TRADISIONAL:-
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Cara Bermain-
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Saya telah memilih:
Guli
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang....
....Cara Bermain Guli
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Hafir ! Sila jangan masukkan informasi seperti Hafir . Saya tidak mahu terlalu panjang ! Saya hendak pendapat awak ! Ringkas sahaja !!
This comment has been removed by a blog administrator.
Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
Tidak semestinya awak pilih 1 permainan sahaja ! Seberapa banyak jenis permainan tradisional yang awak dapati, awak sumbangkanlah ke ruangan ini ! Secara RINGKAS !!!! Jangan ikut resmi Hafir !!!
Jika awak sudah sumbangkan 1 jenis permainan, silalh sumbangkan lagi...dalam koleksi kita harus ada lebih daripada 14 ! Ini disebabkan kita ada 14 orang pelajar !!! Pada minggu depan awak harus buat penyelidikan yang lebih mendalam tentang 1 permainan tradisional ! Seorang pelajar=1 jenis permainan tradisional !
cikgu saya mahu menukar idea saya kepada gasing ...saya mahu membuat idea gasing sekarang tetapi tia da masa..
Sepak takraw ialah permainan tradisional melayu yang digemari ramai.Sepak takraw, juga dikenali sebagai Sepak Raga, Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Dalam permainan ini, Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Jika awak masukkan terlalu banyak informasi, awak akan menyenangkan orang lain ! Pada minggu hadapan saya yang akan menentukan siapa yang akan buat penyelidikan lanjut tentang apa !
Saya telah memilih:
Menyabung Ayam
Ia digemari oleh masyarakat Melayu tradisional.Permainan sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut kelahiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.
Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnya jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan.
Saya telah memilih permainan gasing untuk dikongsi
Gasing
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan.
kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis gasing:
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Cara bermain gasing:
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
Saya akan menyumbangkan lagi satu jenis permainan tradisional melayu.
Permainan Layang-layang atau Wau
Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.
Congkak
Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah
Buahnya pula ialah biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.
Cara bermain:
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak
Dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Saya telah memilih permainan gasing untuk dikongsi dengan kamu semua...
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Guli
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Jala Itik
Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.
saya memilih sepak raga...
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
siapa elfa?
kawan-kawan saya memilih congkak
Saya memilih guli....
saya telah pilih gasing untuk dielidiki
saya asudah memilih batu seremban
This comment has been removed by a blog administrator.
saya telah pilih wau
This comment has been removed by a blog administrator.
Siapa cepat dia dapat !
saya pilih sepak takraw
This comment has been removed by a blog administrator.
saya pilih jala itik
This comment has been removed by a blog administrator.
saya pilih sepak raga-fiqa
This comment has been removed by a blog administrator.
shariffah saya pilih sabung ayam
saya pilih dikir barat .
saya pilih kompang
[cikgu, saya tidak tahu jika kmpang ialah permainan tradisional. Yang saya tahu kompang ialah alat musik tradisional]
saya memilih ting ting
saya memilih Galah Panjang
saya pilih wayangkulit
http://www.ashtech.com.my/gametradisi/rakyat_detail.htm#
Saya memilih permainan ini...
Tarik tali diadakan untuk dua orang yang ingin beradu kekuatan, bahan yang digunakan tali, tarik tali diadakan untuk dua pasukan yang diangotai lebih dari seorang dan jenis tali yang digunakan ialah tali belati. Tujuan permainan ini mempereratkan hubungan sesama teman.
This blog is awesome! I'll be bookmarking it and sharing it with many others. If you get a chance you may want to visit this Free Software site, it's pretty awesome too!
This comment has been removed by a blog administrator.
so magical!!!!!!!
Saya memilih permainan teng-teng untuk dikongsi bersama kalian.
Permaian teng-teng
Permainan ini boleh dimain oleh budak perempuan atau lelaki. Permianan ini memerlukan 8 kotak yang berukuran 40cm setiap sisi dan disusun dalam bilangan empat-empat secara menegak. Setiap pemain juga memerlukan seketul batu.
Cara bermain teng-teng
Setiap pemain perlu membaling batu ke dalam kotak pertama dan memijaknya dengan sebelah kaki dan mengambilnya tanpa menjatuhkan kaki yang sebelah lagi. Kemudian permainan diteruskan dengan pemain memijak kotak-kotak yang seterusnya sehingga habis kelapan-lapan kotak. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir. Apabila tiba kembali giliran untuk bermain, pemain harus membaling batu ke dalam kotak yang kedua dan memijaknya. Permainan diteruskan dengan membalingkan batu kedalam kotak yang seterusnya.
cikgu...
adakah layang-layang dan wau sama??
jika saya hendak buat folio dengan bertajuk permainan tradisional ...
dan saya memilih wau bagi tajuk saya ..
bolehkah saya memberi sedikit document tentang layang-layang ???
cikgu...
layang-layang dan wau samakah ???
jika saya buat folio dengan bertajuk wau ..bolehkah tuliskan layang-layang dan wau???
bolehkah beritahu kpd ku ??
terima kasih cikguya...
siapa ada tujuan congkak dimainkan.....
pleaz tlg sy cari tau...
plzzz. tlg saya
siapa ada tujuan congkak dimainkan
Cikgu boleh beri tahu saya tujuan wau dimainkan, negeri yang mempopularkan, kaum yang terlibat dan cara dimainkan. Terima Kasih Cikgu
Cikgu boleh beri tahu saya tujuan wau dimainkan, negeri yang mempopularkan, kaum yang terlibat dan cara dimainkan. Terima Kasih Cikgu
wei,guys... kmu nie.... knp pilih sabung ayam??? bukan ada unsur negetif kah tu?? sabung ayam berkaitan ngan perjudianlah... kurang markah folio kmu nanti.... cuba fikir btul2...hehe^^
olaaaaaaaaa....
ade sape2 tau pasal "tujuan wau dimainkan"...???
or sape2 tau tentang laman web yg boleh digunapakai untuk cari "tujuan wau dimainkan"???
plzzzzzZZzz....
tlg gtau deh..!!!
teme kasih...
saya telah memilih permainan tradisional batu seremban tetapi saya ingin tahu asal usul permainan ini.
ape tujuan permainan gasing dimainkan
Post a Comment
<< Home