2005-07-21

5N - Hari Keharmonian Kaum

Apa yang kamu faham tentang HKK dan berikan pandangan kamu tentang hari ini, haruskah ia diadakan dan bagaimana kita, rakyat Singapura dapat menyambutnya dengan lebih baik lagi.

9 Comments:

At 12:33 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan Komen Faris :
HKK ialah hari untuk disambut oleh semua kaum .Ini kerana pada hari ini kita dapat mempelajari dan mengetahui tentang budaya kaum yang lain.Tambahan pula,kita harus berikrar bahawa kita menghormati kaum lain supaya kita tidak mencemarkan nama baik kaum atau agama lain.Selamat Menyambut Hari Keharmonian Kaum.--Muhd Faris [5A1]
Soalan untuk Faris : Bagaimana dapat kita menyambutnya selain daripada membaca ikrar ?

 
At 12:35 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
Pada pendapat saya HKK tidak perlu kerana hanya murid-murid yang menyambut hari HKK. HKK akan lebih bermakna jika kita mengadakan lebih banyak aktiviti dengan bangsa-bangsa lain dan disambut oleh rakyat Singapura.

Soalan untuk Syamir & Syafiq : Berikan cadangan, apakah aktiviti yang boleh diadakan ?

 
At 12:39 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
Bagi saya, HKK ini tidak perlu diadakan tapi baguslah kalau diadakan.Ia dapat menyedarkan kami tentang wujudnya bangsa lain di Singapura. Untuk menyambut HKK dengan lebih baik lagi, patut diadakan interaksi antara bangsa-bangsa lain, main permainan bangsa lain dll. Dengan adanya sefahaman antara kaum yang berbilang bangsa ini, dapatlah kita mengikat tali persahabatan dengan mudah. Kita akan hidup dengan lebih selesa tanpa ada konflik antara satu sama lain.

Soalan untuk Sarah : Adakah sejauh ini, kamu rasa rakyat Singapura sudah berjaya mengetepikan bangsa dan bersatu sebagai rakyat Singapura, tanpa mempedulikan jika seseorang itu Melayu , Cina dan sebagainya ?

 
At 12:41 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
Bagi saya, hari keharmonian kaum sangat penting dan perlu disambut di negeri seperti Singapura. Ini adalah kerana, ada banyak bangsa seperti Melayu, Cina & India di Singapura.
Sekolah-sekolahlah yang selalunya menyambut HKK. Mereka mengadakan aktiviti-aktiviti menarik dan juga permainan yang menjadi permaianan tradisional kaum lain seperti contoh capteh,congkak dan lain-lain lagi.

 
At 12:44 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
Pada pendapat saya,rakyat Singapura perlu hidup dalam keadaan yang aman damai kerana Singapura kecil.Kalau kita tidak berdisiplin dan tidak menghormati bangsa lain negeri kita akan menjadi huru-hara kerana rakyat yang berbilang kaum ini tiada persefahaman. Kita boleh cuba mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menolong kita memahami kaum lain.Selamat Hari Keharmonian Kaum.

 
At 12:49 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
Hari Keharmonian Kaum bagi saya diadakan untuk mengingatkan kami rakyat Singapura bahawa negara ini mempunyai penduduk daripada berbagai-bagai kaum. Hari ini juga diadakan untuk mengingatkan kami supaya saling hormat - menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Singapura ini istimewa. Hari ini juga, membolehkan kita mengimbas kembali sejarah pahit yang telah berlaku suatu masa dahulu. Pergaduhan antara kaum Melayu dan kaum Cina dahulu. Singapura telah maju selama ini. Kita harus hargai negara dan dunia kita ini. Saling hormat menghormati ialah satu perkara yang penting bagi kita Rakyat Singapura.

Soalan untuk Saiful : Berikan contoh aktiviti yang boleh diadakan untuk menyambut hari yang istimewa ini .

 
At 12:52 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
Saya faham bahawa hari ini ialah hari kerharmonian kaum dan pada setiap tahun Singapura manyambut hari ini. Ia bermula selepas rusuhan kaum.

Pada waktu pagi ketika para pelajar berhimpun di kawasan perhimpunan, kami membaca ikrar HKK.Murid-murid boleh mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak dan menganyam ketupat.

Walaupun kebanyakan sekolah boleh memakai baju tradisional, saya rasa yang lebih penting ialah pemikiran kita . Iaitu, menghormati kaum lain.

Kita harus terus memperingati hari keharmonian kaum kerana kita tinggal dalam negara di mana masyarakatnya berbilang kaum.

 
At 12:55 PM, Blogger cgfilza said...

Dalam Minggu 6 , kita akan mengadakan persembahan mini Dikir untuk para pelajar bukan Melayu supaya mereka kenal akan Dikir Barat dan dapat mempelajari bagaimana hendak menyanyi dan memainkan alat-alat dalam permainan Dikir. Saya amat memerlukan penglibatan kamu. Untuk memeriahkan lagi suasana, bukan untuk menghuru-harakan keadaan !. Dalam kira-kira pukul 2.30 hingga 3 ptg.

 
At 12:58 PM, Blogger cgfilza said...

Pembetulan :
HKK,bagi pendapat saya,ialah hari untuk semua kaum bersama dan bergembira.Pada hari ini juga kita dapat mempelajari dan mengetahui tentang budaya kaum lain.Selain itu,kita juga dapat memakai atau melihat baju-baju tradisional kaum lain ALANGKAH SEDIHNYA sekolah kami tidak membenarkan kami oleh itu kami tidak dapat melihatnya.TETAPI,bagi saya inilah masanya untuk saya rasa masakan dan cuba masak masakan kaum lain.

 

Post a Comment

<< Home