2005-06-29

4N - 'N' 5YS - Sesi Soal Jawab

Selamat kembali pelajar-pelajarku sekalian ! Sebulan telahpun berlalu, begitu cepat masa berjalan dan tidak lama lagi kamu akan menghadapi peperiksaan besar. Saya ingin kamu teruskan usaha gigih yang telahpun kamu mulakan awal tahun ini. Berkat kerja keras kamu, saya pasti semua boleh berjaya. Di sini saya sediakan ruangan untuk kamu mengutarakan apa-apa kemusykilan supaya saya , ataupun rakan-rakan yang lain boleh membantu dalam mendapatkan jawapannya. Gunakanlah ruangan ini dengan sebaik-baiknya dan hanya jika perlu ! Ingat peraturan ketika membuat sumbangan !! Semoga semua dapat memanfaatkan saluran ini !

35 Comments:

At 12:04 PM, Blogger cgfilza said...

Siapa yang bijak bestari yang boleh memberi saya erti pendaya-pendaya dalam soalan 4 ?

 
At 12:06 PM, Blogger KnOwLeDgE CrAvEr said...

Cikgu boleh tk memberi saya beberapa contoh untuk membuat ayat perkhidmatan??

 
At 12:08 PM, Blogger aBdUlLaH_ehhkk said...

a)menumpukan perhatian
b)memberikan keutamaan
c)mengetengahkan pendapat
d)mementingkan kecermerlangan

 
At 12:10 PM, Blogger cgfilza said...

perkhidmatan - saya harap awak tahu ertinya dahulu ya ! Panduan :
1. Fikirkan konteks di mana awak boleh menonjolkan erti perkhidmatan = mak andam hulurkan perkhidmatan kepada pasangan yang sedang bersanding
Ayat : Semua yang hadir di majlis persandingan Ani dengan Aman memuji perkhidmatan yang telah diberikan oleh syarikat mak andam 'Ros' yang telah menjayakan majlis dengan baik sekali.

 
At 12:11 PM, Blogger aBdUlLaH_ehhkk said...

perkhidmatan ali dalam tentera selama 25 tahun telah membuahkan hasil kerana dia baru sahaja telah dinaikkan pangkat.

 
At 11:21 AM, Blogger cgfilza said...

Berikan erti :
a)menumpukan perhatian
b)memberikan keutamaan
c)mengetengahkan pendapat
d)mementingkan kecermerlangan

 
At 11:26 AM, Blogger cgfilza said...

perkhidmatan ali dalam tentera selama 25 tahun telah membuahkan hasil kerana dia baru sahaja telah dinaikkan pangkat.
( ayat agak kabur )
Pembetulan : Ali telah dipuji oleh pelanggan itu kerana perkhidmatan yang telah diberikan begitu baik dan pelanggan itu sangat berpuas hati.

 
At 11:31 AM, Blogger aBdUlLaH_ehhkk said...

cikgu,bolehkah saya katakan,"memasukkan subang?"

 
At 11:33 AM, Blogger cgfilza said...

abdullah, kita harus lihat konteks ayat, kalau masukkan subang ke dalam kotak, tentu boleh. Kalau telinga, tindik ataupun pakai.

 
At 11:41 AM, Blogger cgfilza said...

Kebanyakan rakan-rakan awak mempunyai masalah membina ayat dengan perkataan "pesat". Boleh bantu ?
1. Apa erti pesat ?
2. Dalam konteks apa yang "pesat" boleh digunakan ?

 
At 11:42 AM, Blogger cgfilza said...

Ya abdullah. Sekarang langkah kedua - konteks penggunaannya. Ingat semasa membaca akhbar, pernahkah awak ternampak perkataan ini ? Perkataan ini digunakan dalam situasi yang bagaimana ?

 
At 11:44 AM, Blogger aBdUlLaH_ehhkk said...

Negara Kenya telah membuat kemajuan teknologi dengan pesat.

 
At 11:47 AM, Blogger cgfilza said...

'Negara Kenya telah membuat kemajuan teknologi dengan pesat. '

Ya ! Syabas ! "Pesat" selalunya digunakan untuk menggambarkan pembangunan.

Langkah kedua, bagaimanakah kita boleh menonjolkan makna "pesat" dalam ayat ?

 
At 11:49 AM, Blogger cgfilza said...

sila jelaskan, apa maksud awak dengan menunjukkan masa ?

 
At 11:51 AM, Blogger aBdUlLaH_ehhkk said...

sebagai contoh,kita menerangkan bahawa mereka telah membuat kemajuan pesat dalam masa yang singkat.

 
At 11:54 AM, Blogger cgfilza said...

mmmm jangan salah tanggap bahawa pesat itu berlaku dalam satu jangka masa yang terhad ataupun tertentu. "Pesat" menunjukkan cepat, laju. Tip : Mengapa kita harus lakukan sesuatu dengan cepat ? Apa senario yang boleh kita tunjukkan makna cepat ; dulu lembab, sekarang cepat. Cuba fikirkan.

 
At 11:59 AM, Blogger cgfilza said...

Ataupun, selain menunjukkan 'lawan' perkataan " pesat", kita juga boleh tunjukkan : Kalau sesuatu itu cepat atau laju, apa kebaikan / keburukannya / kesudahannya ?

 
At 12:02 PM, Blogger cgfilza said...

Cuba rujuk kembali ayat abdullah untuk perkataan "pesat" dan nilaikannya. Adakah betul ?

 
At 11:37 AM, Blogger cgfilza said...

Rabu 060705

 
At 11:41 AM, Blogger aBdUlLaH_ehhkk said...

Pembangunan negara Kenya begitu pesat selepas pelantikan presiden baru.

 
At 11:43 AM, Blogger cgfilza said...

Ya. Ayat itu boleh diterima kerana dapat menunjukkan selepas pelantikan presiden baru, ada pembaharuan, iaitu negara kian maju. Lagipun, perkataan 'pembangunan' itu cukup untuk menunjukkan pemahaman perkataan pesat.

 
At 12:01 PM, Blogger hei-mesu said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 12:01 PM, Blogger hei-mesu said...

Bolehkah cikgu beri makna ikat perut? Saya tidak mencapai mencari makananya di dalam Karyanet.com

 
At 12:03 PM, Blogger cgfilza said...

lihat dewan pelajar. Taip 'ikat'.

 
At 11:21 AM, Blogger semodz the 2nd said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 11:22 AM, Blogger Penyamun said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 11:28 AM, Blogger Footballerz said...

cikgu,saya sudah taip ikat tetapi perkataan tidak wujud
:(

 
At 11:32 AM, Blogger cgfilza said...

footballerz: pilih 'Kamus Pelajar'. kemudian taip perkataan 'ikat'.

 
At 11:43 AM, Blogger cgfilza said...

Peringatan, sila pastikan setiap jawapan kefahaman subjektif ada 2 isi ya !

Syabas kepada sesetengah pelajar seperti Hafizah yang sudah berjinak-jinak dengan buku cerita bahasa Melayu, Zahbeen yang begitu gigih dengan usaha menghabiskan latihan ( sudah hampir habis ya ! ), Farid, Rydwan, Riszwan yang begitu serius, Phirkhan, Mat Noor, Hamdan dan Shakir yang begitu setia dengan tugas mereka. Lutfi dan rakan-rakan, saya tahu kamu buat kerja tetapi sila jangan mengganggu ketenteraman awam !

 
At 11:45 AM, Blogger cgfilza said...

Azfar, Zahrin, Khalid, Omar jangan hilang fokus ! Abdullah pandai-pandai jaga diri supaya selamat dan dapat bersama kita sepanjang hayatmu ! Razif , jangan terpengaruh dengan pengaruh yang bukan-bukan di sekeliling kamu !

 
At 11:45 AM, Blogger perdana menteri said...

cikgu,apa harus kita buat setelah kita habiskan kerja?

 
At 11:49 AM, Blogger cgfilza said...

perdana menteri : setelah habis, buat lagi satu latihan. Jika penat, pergi ke lelaman seperti cyberita dan mana-mana lelaman bahasa Melayu untuk meluaskan pengetahuan dan mutu bahasa Melayu kamu.

 
At 11:53 AM, Blogger xstasy said...

cikgu ,

semua kerja-kerja ini harus dihantar pada hari apa dan bila ?

 
At 11:56 AM, Blogger aBoi said...

Cikgu, cikgu membuang masa saya. Cikgu menyuruh saya ke lelaman ini untuk mendapat infomasi tentang apa kita harus buat setelah habis kerja latihan. Tetapi apabila saya ke lelaman ini, cikgu menyuruh kami ke lelaman cyberita. Jeng Jeng Jeng.....

 
At 12:00 PM, Blogger cgfilza said...

Tarikh Hantar Latihan:
2004 sepatutnya sudah dihantar
2003 dihantar awal minggu depan

 

Post a Comment

<< Home