1E Peribahasa 2
Ruangan ini hanya untuk mereka yang belum buat sumbangan. Sila semak, berapa banyak peribahasa yang belum mempunyai cerita. Peringatan : Semua peribahasa yang telah dilengkapi ceritanya haruslah disalin dalam satu dokumen yang diberi nama CeritaPeribahasa_Irdayu dan disimpan di dalam Workspace masing-masing. Tugasan haruslah dilengkapkan pada hari ini.

33 Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
>>>>>Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi
Kisah seorang pemuda yang mempunyai semangat yang kuat walaupun kehidupannya miskin. Zaki pemuda yang pendiam dan tidak suka bercampur dengan orang-orang sekeliling sehingga dianggap bodoh dan ganjil. Kerana keyakinannya untuk mengusahakan tanah arwah bapanya yang sekangkang kera itu menjadikan tanah yang mengeluarkan hasil yang lumayan. Tanpa diketahui orang, Zaki telah mengubah nasibnya dengan menjadi jutawan yang berjaya. Dia diibaratkan seperti bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi.
Bagai hujan jatuh ke pasir
Khairil adalah seorang pelajar yang nakal. Dia sering bergaul dengan kumpulan samseng. Pada suatu hari, gurunya, Cikgu Wida ternampak beliau bergaduh dengan rakan samsengnya. Pada keesokan hari, Cikgu Wida menasihati Khairil supaya jangan bergaul dengan mereka lagi. Cikgu Wida juga memberi Khairil kounseling supaya dia dapat kembali ke pangkal jalan yang betul. beberapa bulan kemudian, Cikgu Wida sangkakan bahawa Khairil akan menjadi baik semula tetapi sangkaanya salah. Khairil semakin ligat bergaul dengan rakan-rakan yang jahat.
saya setuju dengan Sh@hir@h. cerita awak baik nanamuna.
Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi
Ok. Baik !
Bagai hujan jatuh ke pasir
Baik ceritanya. ok
kounseling = kaunseling
Cikgu, saya tidak ada idea lagi untuk peribahasa saya [BERHAKIM KEPADA BERUK]. Saya berharap cikgu boleh tolong saya.
bagai kaduk naik junjung
Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang pemuda yang bijak.Namun demikian,dia datang daripada keluarga yang miskin.Dia tidak dapat melanjutkan pelajarannya dan berhenti belajar semasa umurnya tiga belas tahun.Pada suatu hari,dia telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang agak maju dan pendapatannya juga lumayan.Sejak itu,dia sudah mula menjadi sombong dan memandang rendah kepada penduduk-penduduk kampung yang lain tanpa menyedari bahawa dia juga pernah menjadi miskin seperti mereka
cikgu,jika cerita kami tidak begitu jelas,haruskah kami membuat cerita baru???
kembali ke pangkal jalan sahaja bukan kembali ke pangkal jalan yang betul
Tabiat malas Afiq telah menambahkan kesusahan ke dalam hidupnya.Dia tidak pernah berusaha untuk mendapat wang supaya dapat menyara keluarganya. Semua beban ini diberi kepada isterinya yang tidak dapat gaji yang mencukupi.Setiap hari, Afiq hanya tidur dan makan.Namun,keluarga mereka mempunyai masalah yang besar tentang wang. Mereka masih belum bayar hutang bank. Pada suatu hari, Afiq tersedar bahawa tabiat malasnya ialah punca masalah itu. Dia terus cuba menukar sikapnya yang malas dan mula berusaha mendapat wang dan pekerjaan. Akhirnya, keluarganya dapat membayar hutang bank dan mereka kini dapat hidup dengan senang, semua kerana perubahan sikap Afiq, seperti ringat tulang berat perut.
Ya shahirah !
Sesiapa yang sudah habis buat sumbangan sila bantu shahirul dapatkan idea !
Bagai hujan jatuh ke pasir:-
Kamu ada satu ejaan yang salah dalam teks kamu
Ya boleh !
Bukan datang dari keluarga miskin = Ayat yang betul ialah berasal daripada keluarga yang miskin.
Iman ceritanya ok - cuma ketika menulis karangan, awak mesti hendak tekankan peristiwa yang menunjukkan Afiq itu ringan tulang, berat perut...bererti banyakkan penceritaan bahagian yang menunjukkan dia kini rajin berusaha.
Bagi mereka yang menyalin cerita ini, sila salin komen saya sekali sebagai peringatan ! ( saya harap awak buat perkara yang sama untuk lain-lain cerita yang telah menerima komen seperti ini ! )
Bagi mereka yang menyalin cerita Iman, saya sarankan awak tukar ataupun perbaiki bahasanya.
Sesiapa yang boleh tolong saya??
[sebab buah dikenal pohonnya]
Hafiz adalah seorang budak yang berbudi-bahasa dan berkelakuan baik.Dia bukan hanya dikenali sebagai murid yang baik tetapi juga pandai.Dengan penampilannya yang baik ini,dia dapat menunjukkan bahawa ibu bapanya juga sebegitu.cerita ini menyampaikan makna peribahasa sebab buah dikenal pohonnya.
[Melepaskan Anjing Tersepit]
Haikal adalah seorang murid yang dikenali ramai. Suatu hari, apabila dia sedang berjalan pulang, dia jatuh tersandung batu. Hafiz ,rakan sedarjahnya terus menolongnya.Setelah Hafiz menolong Haikal ke perhentian bas, Haikal menolaknya ketepi sehingga dia terjatuh. Dia pun tidak mengucapkan terima kasih.
Pertolongan Hafiz kepada Haikal seperti Melepaskan Anjing Tersepit.
shahirah : Yang penting awak mesti tunjukkan apa peristiwa yang berlaku yang membuat orang kata " sebab buah dikenal pohonnya ?" Apa yang telah pelajar itu lakukan ? Kebaikannya ?
Cerita Nadiah boleh disalin ...cuma tambah : lakarkan watak Haikal yang sememangnya jahat.... Walaupun Hafiz tahu Haikal bukan budak baik tetapi dia tetap menolongnya kerana kasihan. Tetapi dibalas dengan 'kejahatan' iaitu Haikal ditolaknya pula....
This comment has been removed by a blog administrator.
Boleh disalin :
-bagai harimau beranak muda
-belakang parang pun akan tajam jikalau diasah nescaya tajam
-seperti labah-labah cinta kepada telurnya
-seperti tikus membaiki labu
-air dicencang tiada putus
-ringan tulang berat perut
-hujan jatuh ke pasir
-bukannya diam penggali berkarat.....
-bagai kaduk naik junjung
-bagimana acuan begitulah kuihnya
-melepaskan anjing tersepit
[Melepaskan batuk di tangga]
Pada suatu hari,Izuan mempunyai ujian bahasa Melayu lanjutan.Sebelum ujian itu,dia tidak pernah mengulangkaji pelajarannya.Dia hanya leka dengan pertandingan dan latihan bola sepak di sekolah,mendengar lagu kegemarannya,memetik gitar kesayangannya,lepak di kolong bloknya dengan rakan-rakan sebayanya dan perkara-perkara yang tidak berfaedah yang dilakukannya sebelum ujian.Gurunya pernah berkata jika murid-muridnya tidak mengulangkaji pelajaran tersebut dengan bersungguh-sungguh,mereka akan gagal dalam ujian itu kerana ujian itu lebih susah daripada mereka sangkakan.Izuan tidak peduli dengan apa yang dijelaskan oleh gurunya.Dia berterusan berleka hinggalah kepada hari ujiannya.Setelah menerima keputusan ujiannya,dia mendapati bahawa dia telah gagal dalam ujian tersebut dan 'dibuang' daripada kursus bahasa Melayu lanjutan.Dia menyesali akan perbuatannya yang leka itu.Dia telah berjanji kepada ibu dan bapanya dan juga kepada dirinya bahawa dia akan mengulangkaji semua pelajaran yang dipelajari olehnya di sekolah semenjak insiden itu.
[sebab buah dikenal pohonnya.]
Pada suatu hari,Jazimin ternampak seorang wanita tua yang sedang mambawa banyak barang.Dia amat kasihankan orang tua itu lalu menghampiri untuk menolong wanita tersebut.Pada keesokkannya,dia dipuji di hadapan seluruh sekolah.Oleh kerana perbuatannya itu,dia dapt menunjukkan bahwa ibu bapanya juga berkelakuan baik.Cerita ini cuba menyampaikan peribahasa sebab buah dikenal pohonnya.
[Namanya sudah saya tukarkan...]
Ali adalah seorang murid yang dikenali ramai tetapi dia juga seorang murid yang jahat. Suatu hari, apabila dia sedang berjalan pulang, dia jatuh tersandung batu. Hafiz ,rakan sedarjahnya terus menolongnya. Setelah Hafiz menolong Ali ke perhentian bas, Ali menolaknya ketepi sehingga dia terjatuh. Dia pun tidak mengucapkan terima kasih.
Pertolongan Hafiz kepada Ali seperti Melepaskan Anjing Tersepit.
Melepaskan batuk di tangga]
Ok- cuma insiden yang harus ditekankan ialah peristiwa yang menunjukkan ketidak sungguhan si watak ( yang seperti melepaskan batuk di tangga ). Cerita awak harus banyak berkisar tentang ini. Akibatnya hanya diceritakan sedikit sahaj dan awak sebenarnya tidak perlu lanjutkan cerita yang menggambarkan apa yang berlaku selepas dia 'tersedar' akan sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.
Ok - Boleh disalin. Sesiapa ada idea lain ?
[BERHAKIM KEPADA BERUK]
Azman ialah seorang murid yang tamak.Dia selalu tidak meminjam diut kepada kawannya.Suatu hari, kawannya Haziq meminta tolong dari Azman. " Azman, saya hendak pertolongan awak! Boleh saya meminjam tiga dolar dari awak?!" Haziq tahu Azman seorang yang tamak."Tidak! Saya tidak akan meminjam duit kepada awak!""Saya harus mengumpul duit untuk projek saya!Saya harus dapatkan tiga dolar pada hari ini!"Tetapi Azman buat bodoh sahaja. Beberapa hari kemudian, ibu Azman tidak memberi duit harian kepada Azman. Kasihan dia meminjam duit kepada kawan-kawannya untuk membeli makan!
Masih kurang tepat Shahirul...
Ada dua orang pemuda yang sedang bertengkar tentang wang. Ali dan Ahmad nama mereka. Ali katakan dia harus mendapat lebih wang daripada Ahmad kerana dia telah memberi sumbangan yang lebih dalam tugas yang dilaksanakan. Untuk menyelesaikan masalah mereka telah mendapatkan pertolongan Hashim yang tamak. Mereka mahu Hashim menolong membahagikan wang secara adil antara mereka. Hashim yang tamak telah mengambil peluang ini untuk meraih keuntungan. Akhirnya kedua-dua pemuda itu hanya mendapat sedikit wang kerana yang lainnya telah diambil oleh Hashim atas alasan wang itu merupakan duit upah penatnya.
Terima kasih cikgu!
Ok- tapi masukkan peristiwa di mana ibu bapanya juga banyak terlibat dalam membuat kerja-kerja amal, merupakan pasangan yang baik dan sebagainya.
kenapalah hidup aku begitu susah.....semua cerita aku buat cikgu tak suka....:(
Post a Comment
<< Home