Membina Soalan 4E
Para pelajar sekalian, hari ini kamu mempunyai tugas yang besar lagi berat. Kamu dikehendaki memikirkan soalan-soalan 'cepu emas' yang mungkin diuji untuk peperiksaan 'O', berdasarkan tema yang telah kamu sendiri tetapkan semalam. Saya harap kamu serius dalam menjalankan tugasan. Taipkan 'soalan-soalan' yang dapat kamu fikirkan. Jangan risau jika ada kesilapan bahasa, saya akan perbaikinya. Setiap kumpulan ditugaskan menyumbangkan 2-3 soalan. Selalu-selalulah lihat apa yang telah disumbangkan supaya pengulangan dapat dielakkan dan tugas kita ini akan menjadi lebih efektif ( berkesan ) dan bermanfaat. Ingat tumpuan kita ialah soalan-soalan untuk Bahagian A ( SKR/ SKTR / Dialog/ Ucapan / Syarahan ) Jika semua fokus, kita akan dapat selesaikan tugasan ini dan mulakan bab yang baru pada minggu hadapan iaitu - memikirkan bagaimana harus kita jawab soalan-soalan tersebut !
18 Comments:
Janganlah bina soalan begini...! Sedih saya...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bik idea kamu ! Syabas ! Cuma sila bina soalan yang sesuai untuk Bahagian A iaitu SKR, SKTR, Dialog dan sebagainya.
```zu```
kamu baru saja pindah kerumah HDB bersebelahan dengan sebuah skolah kejiranan. kamu rasa murid2 skolah itu tidak berkelakuan dengan baik. tuliskan surat aduan kepada pengetua sekolah itu dan apa yang boleh dilakukn untuk membaikkan lagi keadaan...
Dua orang sahabat sedang membincangkan tentang kerja kebajikan yang mereka harus melakukan selaku CIP mereka. Tuliskan dialog diantara mereka.
Seha & Aisyah
beloooo
kamu ditugaskan sebagai 'reporter' pada sambutan hari raya cina. buat laporan anda tentang bagaimana suasana dan semangat pelajar2 pada hari itu
amiraaaaahh daaann haaanissaaaahh
haruskan ramaja masa kini
dipersalahkan dengan sepenuhnya tentang adab mereka yang kurang sopan. bincangkan.
haanniissaaaahh daann aammiirraahh
dua murid bertentangan pendapat tentang adanya latihan jasmani selepas waktu sekolah. tuliskan dialog di antara mereka.
Tuliskan sepucuk surat kepada seorang kawan pena tentang pengalaman kamu semasa lawatan ke rumah orang-orang tua yang telah diadakan oleh sekolah kamu.
Aisyah & seha =D
Baru-baru ini, terdapat beberapa daripada pelajar sekolah yang terlibat dalam keracunan makanan akibat daripada makanan yang dijual di kantin sekolah. Sebagai seorang sahabat salah satu dari pelajar yang terkena, kamu dikehendaki menulis sebuah aduan dalam bentuk surat kiriman kepada pengetua sekolah kamu.
(maaf cikgu, bahasa saya 'cacat')
Dua orang remaja sedang membincangkan tentang kempen bagi menangani masalah merokok yang sedang hangat diperkatakan di Singapura. Tuliskan sebuah dialog mengenai perbincangan mereka.
Musfirah dan Nurani
mirahh
pada kebelakangan ini, ramai remaja didapati berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai. pada pendapat kamu, siapakah yang bertanggungkawab atas gejala ini? bincangkan.
ZUZU
seorang murid sekolah kejiranan telah mengembalikan barang anda yang anda kehilangan saban hari. tuliskan surat kepada pengetua sekolahnya untuk mengucapkan terimakasih kepadanya kerana berjaya mendidik murid2nya dengan baik sekali.
Saya rasa soalan ini sudah disumbangkan .....
Seorang sahabat kamu telah ditangkap oleh seorang guru sewaktu merokok di dalam tandas disekolah. Tulis sepucuk surat kepada pengetua agar diringankan hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana dia akan menduduki peperiksaan GCE peringkat O tahun ini.
Musirah dan Nurani
Terima kasih atas sumbangan kamu. Saya berharap saya masih akan mendapat input daripada yang lain, yang masih belum buat apa-apa sumbangan.
Anda baru sahaja pulang dari pasar serbenaka NTUC. Anda mendapati bahawa beberapa barangan dalam tin telahpun melebihi tarikh yang ditetapkan. Tuliskan sepucuk surat kepada pihak pengurus untuk memberikan saranan anda.
Hanna
Seorang rakan kamu berasa tertekan serta kecewa setelah mendapat tahu bahawa beliau adalah seorang anak angkat.Tulis sepucuk surat kepadanya mengatakan betapa beruntungnya dia kerana masih mempunyai tempat untuk bermanja, dan nyatakan juga bahawa kedua ibu bapa angkatnya telah berkorban untuknya walaupun beliau bukan anak kandung mereka.
Nurani
Post a Comment
<< Home