2005-07-07

1E - Tokoh pilihan.

Nyatakan siapakah tokoh pilihan kamu dan sebab-sebab mengapakah kamu memilih beliau. Berikan seberapa banyak ciri-ciri positif yang boleh kamu contohi. Ingat ! Tulis nama dahulu sebelum memberikan pandangan !

25 Comments:

At 9:46 AM, Blogger + waNieZ + said...

(shariffah)
saya memilih Elizabeth Blackwell kerana beliau adalah doktor wanita pertama. saya rasa dia mempunyai ciri-ciri keberanian untuk membuat sesuatu yang tidak pernah dilakukan sesiapa. semangatnya yang waja itu membuat semua doktor lelaki bersetuju dengan keputusannya bahawa wanita juga boleh menjadi doktor.

 
At 9:46 AM, Blogger -*^HaFiR^*- said...

Tokoh pilihan saya...ialah "Osama Bin Laden".Beliau sanggup membuat apa sahaja demi maruah Islam.Beliau pun berusaha dengan sungguh-sungguh supaya Islam tidak jatuh ke tangan orang kafir.Orang ramai sepatutnya mengikut ciri-cirinya. Dia bijak dan cerdik kerana pandai merancang.

Iman...

 
At 9:47 AM, Blogger cgfilza said...

Mengapakah sikap ini penting ya , Shariffah ?

 
At 9:49 AM, Blogger cgfilza said...

Iman, memang dia cerdik dan pandai, tetapi jika benarlah dia terlibat dengan keganasan, bukankah itu satu kelakuan yang dikecam ?

 
At 9:50 AM, Blogger -xX_n-a-d-i-a-h_Xx- said...

Tokoh pilihan saya ialah Ibu Teresa. Beliau melayani hampir setiap penderita yang ia jumpai untuk dilayani; memberi perlindungan, memelihara anak-anak yatim-piatu, memberi makan yang lapar dan memberi pakaian kepada yang telanjang, membuka klinik untuk keluarga berencana, pelayanan perawatan jalan, dan perawatan orang-orang lepra. Pekerjaan Ibu Teresa diakui di seluruh dunia. Ia terkenal sebagai wanita yang diakui di mata dunia dan pada tahun 1979 ia mendapat hadiah Nobel Perdamaian.

 
At 9:51 AM, Blogger -*^HaFiR^*- said...

Ia memang, tetapi, dia tidak membuat demikian untuk menghiburkan dirinya. Dia membuat demikian kerana mahu selamatkan agama islam....bukankah itu yang patut dilakukan??.

Iman

 
At 9:51 AM, Blogger + waNieZ + said...

sebab ini menunjukkan bahawa wanita tidak lemah yang dianggap oleh sesetengah pihak lelaki.

shariffah...

 
At 9:53 AM, Blogger cgfilza said...

membuka klinik untuk keluarga berencana, pelayanan perawatan jalan, dan perawatan orang-orang lepra

Sila jelaskan. Saya kurang faham ???

 
At 9:54 AM, Blogger zahariah said...

Tokoh pilihan saya ialah Zubir Said.Dia adalah seorang bapa yang penyayang.Walaupun beliau tidak berpelajaran tinggi, beliau tidak berputus asa untuk mencapai impianya untuk menjadi seorang pengubah lagu. Beliau telah banyak
berkorban untuk keluarganya dari segi makanan dan minuman.Beliau adalah seorang yang rajin dan berusaha. Dia telah banyak menyumbangkan lagu-lagu ciptaan beliau seperti lagu kebangsaan Singapura dan banyak lagi.

 
At 9:54 AM, Blogger cgfilza said...

Iman, memang berjuang untuk agama itu mulia, tetapi kalau ia menyebabkan kematian dan keganasan ???

 
At 9:54 AM, Blogger -xX_n-a-d-i-a-h_Xx- said...

...Beliau menunjukkan contoh yang baik kerana beliau sanggup menolong orang-orang yang memerlukan bantuan walaupun beliau sudah tua.

 
At 9:55 AM, Blogger cgfilza said...

Shariffah, boleh berikan ciri-ciri lain ?

 
At 9:55 AM, Blogger -*^HaFiR^*- said...

Memang tuhan tidak galakkan keganasan dan kematian...tetapi itulah cara yang terbaik kerana rakyat islam sudah cuba melakukannya dengan cara yang aman...tetapi tidak hasil....

 
At 9:56 AM, Blogger >>khuzaimah said...

Saya memilih Encik Lee Kuan Yew kerana beliau merupakan orang yang paling disanjungi oleh rakyat Singapura. Beliau telah banyak berjasa kepada Singapura dan telah memnyumbangkan idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi Singapura pada masa dahulu. Disebabkan beliau, Singapura telah menjadi negara yang maju dan masyhur pada hari ini. Beliau juga tidak sombong atau bongkak malah masih terus mengekalkan sikap merendah dirinya.

 
At 9:56 AM, Blogger shahirah said...

Tokoh pilihan saya ialah Jamal Abdillah.Saya memilihnya kerana dia adalah seorang veteran dalam bidang seni....

 
At 9:56 AM, Blogger + waNieZ + said...

saya juga memilih ibu theresa yang sikapnya begitu lemah lembut dan sanggup mengorbankan hidupnya untuk orang-orang berpenyakit lepra. saya sungguh kagum dengan sikap tidak hanya mementingkan dirinya sahaja.

 
At 9:58 AM, Blogger cgfilza said...

Shahirah, boleh nyatakan ciri-ciri lain tentang dirinya yang membuat awak suka padanya.

 
At 9:59 AM, Blogger cgfilza said...

Khuzaimah, pada pendapat awak, mengapakah ciri-ciri ini penting/ perlu ada dalam diri seseorang itu, lagi-lagi seorang pemimpin ?

 
At 3:27 PM, Blogger Irdayu said...

tokoh pilihan saya ialah P.Ramlee.
dia begitu berbakat. dia juga seorang yang berpengalaman dan berpelajaran. dia juga seorang yang suka merendahkan dirinya. dia tidak sombong dan itulah kenapa dia disukai ramai. jasanya tetap dikenang hinggalah hari ini.

 
At 3:03 PM, Blogger >>khuzaimah said...

Ciri-ciri tersebut sangat penting bagi seorang pemimpin kerana apa sahaja yang dilakukan oleh orang itu akan menjadi contoh kepada rakyatnya.

 
At 3:25 PM, Blogger <<**~eLfa~**>> said...

tokoh pilihan saya ialah siti nurhaliza. beliau seorang penyanyi wanita yang terkenal di Asia malahan mungkin di negara barat juga. Bagi penduduk Singapura,malaysia dan mungkin juga indonesia, Siti Nurhaliza dianggap sebagai seorang penyanyi yang serba berkebolehan.Beliau telah berusaha sejak dari zaman remajanya lagi untuk menyerlahkan bakatnya itu.Beliau juga seorang artis yang bekerja keras untuk mendapat gelaran yang diingini.Itu merupakan semangat yang dapat dicontohi.

 
At 3:25 PM, Blogger <<**~eLfa~**>> said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 7:43 PM, Blogger .s0fia. said...

Margaret Brent ialah tokoh pilihan saya. dia seorang yang tidak senang memutus asa. dia juga mempunyai sifat berani yang jarang ditonjolkan.

 
At 2:07 PM, Blogger cgfilza said...

Peminat Siti Nurhaliza : Ingat, Kata Nama khas bermula dengan huruf besar. Lagi satu perkara lagi : seseorang itu tidak menyerlahkan bakat, tapi bakatnya terserlah !

 
At 2:26 PM, Blogger cgfilza said...

Sofia : bukan 'tidak senang memutus asa' tetapi yang betulnya ialah 'tidak mudah berputus asa'.

 

Post a Comment

<< Home