2005-08-01

1E - Karya Imaginasi

Berikan idea kamu : Sebelum itu sila rujuk kertas soalan yang telah dimuatkan di dalam 'folder' saya. Sebelum membuat sumbangan kamu dikehendaki menuliskan nama kamu dengan pasangan kamu terlebih dahulu :( contoh )

Hafir & Syahirul
cerita kami......................................

Hadkan bilangan perkataan.

21 Comments:

At 8:32 AM, Blogger cgfilza said...

sharifah dan shazwani - gunakan bahasa baku !

 
At 8:33 AM, Blogger .s0fia. said...

wani..bererti apa yang dilihat oleh hafir hanya imaginasinya?

 
At 8:34 AM, Blogger cgfilza said...

mmm..setelah membaca idea-idea yang disumbangkan saya ingin memberikan komen saya : kamu harus fikirkan 'fungsi' rumah besar itu. Cerita kamu harus berkisar pada 2 perkara : 1. rumah besar itu 2. apa yang dilalui oleh watak tersebut

 
At 8:36 AM, Blogger cgfilza said...

Iman & Adlina : Idea yang menarik, biasa tetapi menarik, dan kamu berdua telah berjaya menggunakan rumah besar sebagai fokus cerita.

 
At 8:36 AM, Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 8:37 AM, Blogger Yul "The Fool" said...

Hafir And Syahirul
Cerita kami........
- orang yang di dalam cerita itu terdengar suatu jeritan di dalam rumah besar itu
- dia ingin tahu apa yang berlaku walaupun dia dinasihatkan supaya jangan masuk rumah itu
- setelah masuk, tiba-tiba pintu depan rumah itu tertutup
- Dia berasa seram sejuk
- Semasa dia mencari jalan untuk keluar dari rumah itu, dia ternampak sesuatu yang berpakaian putih
- Lembaga itu berbunyi seperti hendak bercakap
- "Tolong aku" ia bercakap lalu masuk ke satu bilik di tingkat dua
rumah itu
- Dia pun masuk bilik itu
- Dia bertemu dengan sebuah lembaga putih lalu pengsan
- bila dia sedar, dia ternampak bahawa perempuan itu dibunuh di rumah itu
- hantu itu ceritakan peristiwa yang berlaku di rumah itu semasa ia dibunuh
- setelah ternampak peristiwa itu, dia berasa terlalu takut lalu terus lari dari rumah berhantu itu...

 
At 8:37 AM, Blogger cgfilza said...

Sofia & Irdayu, cerita kamu berdua saya bimbang akan menjadi cerita yang mendatar, tiada klimaks. Tiada apa-apa yang menarik , yang ada unsur suspens.

 
At 8:38 AM, Blogger cgfilza said...

Syabas Iman & Adlina, kalau Shahirah sudah bertanya itu bermakna cerita kamu berdua sudah berjaya menarik perhatian pembaca !

 
At 8:38 AM, Anonymous Anonymous said...

fiqa & aidah :

Rumah yang tua dan berlapok/ boleh melihat didalam rumah itu melalui rakahan dinding itu/ terdapat banyak sarang laba-laba yang berkeliaran di dinding rumah itu/terdapat lampu berwarna oren berkelip-kelipan membuatkan jantung pejalan kaki yang berlalu berdegap-degup sepanjang jalan
-----------------------------------
matanye terpandang ke rumah itu/ rupa rumah itu menyeramkannya/cuba berjalan dengan pantas untuk cuba untuk mengelak rumah itu/tiba-tiba lampu di tepi jalan itu tertutup/penglihatan dia kabur sedikit/terdengar bunyi tapak kaki yang berjalan di belakangnya/dia takot untuk melihat ke belakang lalu terus berjalan/ terhempap sesuatu/ tiba kepalanya diketuk/

-----------------------------------
sedar/ mendapati bahawa dia berada di dalam yang gelap dan sunyi/lampu terbuka/dua orang lelaki di situ/ mendapati bahawa dia dicolek.

 
At 8:39 AM, Blogger cgfilza said...

Sahzwani : boleh ideanya tetapi akan menjadi lebih menarik jika kamu berikan juga latar belakang rumah tersebut yang membuat si Hafir berkelakuan demikian.

 
At 8:41 AM, Blogger cgfilza said...

Syahirul & Hafir = Ya !

 
At 8:41 AM, Blogger cgfilza said...

Iman & Adlina : Jangan biarkan ceritanya tergantung !

 
At 8:42 AM, Blogger nadiaaahhhh said...

Adlina...
Lelaki dalam watak kami itu hairan akan bunyi yang didengarinya dan bunyi itu yang menarik perhatiannya ke dalam rumah itu. Dia ini boleh dikatakan sebagai seseorang yang suka mengambil tahu tentang hal orang lain. Lagi pun, rumah itu sepatutnya sebuah rumah yang kosong..

 
At 8:44 AM, Blogger cgfilza said...

Fiqah & AIdah= menarik, watak diculik. Mungkin kamu boleh bina latar belakang rumah itu - ramai yang takut akan rumah itu kerana dengarnya berhantu - rupa-rupanya setelah watak diculik, dia mendapat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam tumah itu, bukan hantu tetapi orang jahat yang menggunakan rumah itu sebagai 'ibu pejabat' mereka.

 
At 8:45 AM, Blogger nadiaaahhhh said...

Adlina..
dia juga boleh bertukar perasaan secara tiba-tiba....

 
At 2:47 PM, Blogger cgfilza said...

khuzaimah, cerita kamu berdua boleh jadi lebih menarik jika si watak kenal akan pembunuh itu.

 
At 2:49 PM, Blogger cgfilza said...

Irdayu, 'berfikir' dan bukannya 'memikir'.

 
At 12:59 PM, Blogger .s0fia. said...

-watak takut akan kegelapan
-rasa tidak sedap hati pulang pada waktu malam
-dia memberanikan diri kerana dia terpaksa melintasi rumah besar
-semasa dia berada di dalam rumah besar itu, dia dengar ada orang meminta tolong
-semua ketakutannya dilupakan lalu menuju ke arah suara itu supaya dia boleh menolonginya
-dia terlihat bayangan seseorang yang sedang berlari sambil melambai-lambaikan tangannya
-dia menuju ke arah sebuah bilik, dia sangkakan bayangan itu didalam
-setelah mengetahui bahawa bilik itu kosong, dia pun berjalan ke arah pintu bilik itu
-dia terperanjat apabila bayangan itu berdiri di hadapannya
-dia tidak melihat bayangan itu dengan jelas, tetapi dia tahu bahawa bayangan itu berambut panjang dan berpakaian putih
-dia terpengsan
-apabila dia tersedar, dia dapati dia sedang terlentang di atas katil di dalam rumah itu
-dia dapat melihat wajah bayangan itu dengan lebih jelas
-apabila bayangan itu mendekatinya, dia dapati wajah bayangan itu amat buruk
-dia terdiam
-mahluk itu seperti mahu memberitahunya sesuatu tetapi dia tidak dapat faham apa yang hendak disampaikan
-dia pun putus asa setelah beberapa minit mencuba memahami mahluk itu
-dia lari kelaur lalu pulang ke rumah

 
At 1:00 PM, Blogger .s0fia. said...

cikgu, kami masih perlu bimbingan cikgu.

 
At 1:21 PM, Blogger .s0fia. said...

cikgu. hari bilakah harus kami memberi karangan yang lengkap itu?
adakah hari esok ataupun jumaat?

 
At 7:39 AM, Blogger cgfilza said...

Karangan perlu dilaksanakan pada hari Jumaat dan diselesaikan pada hari Jumaat juga. Disebabkan cikgu tidak hadir pada hari Rabu, saya faham jika tugasan tidak dapat diselesaikan tepat pada waktunya. Pada hari Jumaat , rangka karangan yang telah diluluskan boleh mula ditulis dan bagi mereka yang masih perlukan bimbingan, saya akan bantu. Tetapi karangannya harus dihantarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin ataupun die-melkan terus ke e-mel saya sebelum 11 Ogos.

 

Post a Comment

<< Home