2005-04-19

1E Peribahasa 2

Ruangan ini hanya untuk mereka yang belum buat sumbangan. Sila semak, berapa banyak peribahasa yang belum mempunyai cerita. Peringatan : Semua peribahasa yang telah dilengkapi ceritanya haruslah disalin dalam satu dokumen yang diberi nama CeritaPeribahasa_Irdayu dan disimpan di dalam Workspace masing-masing. Tugasan haruslah dilengkapkan pada hari ini.

2005-04-18

5N Beza Ucapan & Syarahan


Setelah meneliti kedua-dua penulisan yang berbentuk ucapan dan syarahan, kamu dikehendaki:
mencari perbezaan dan persamaannya ( berpandukan kertas tugasan yang telahpun diletakkan di dalam folder saya ).

-lengkapkan soalan dalam kertas tugasan
-laksanakan soalan ucapan ( setelah itu syarahan ) yang telah diberikan dalam senarai soalan dalam 'Jadual Latihan Intensif Kertas 1 '.

Kongsi dapatan kamu dengan menghantarkannya ke blog ini. Pastikan tiada pengulangan. Maklumat yang telah dihantar harus disalin. ( Salin kertas tugasan ke dalam MS Word supaya kamu boleh membuat catatan- setelah itu boleh dicetak di rumah ).

4E Beza Ucapan & Syarahan

Setelah meneliti kedua-dua penulisan yang berbentuk ucapan dan syarahan, kamu dikehendaki:

  • mencari perbezaan dan persamaannya ( berpandukan kertas tugasan yang telahpun diletakkan di dalam folder saya ).
  • lengkapkan soalan dalam kertas tugasan
  • laksanakan soalan ucapan ( setelah itu syarahan ) yang telah diberikan dalam senarai soalan dalam 'Jadual Latihan Intensif Kertas 1 '.

Kongsi dapatan kamu dengan menghantarkannya ke blog ini. Pastikan tiada pengulangan. Maklumat yang telah dihantar harus disalin. ( Salin kertas tugasan ke dalam MS Word supaya kamu boleh membuat catatan- setelah itu boleh dicetak di rumah ).

2005-04-14

5N - 'O' 2000

Setelah menyemak jawapan, saya ingin kamu ajukan apa sahaja kemusykilan yang kamu ada. Sebelum saya menjawab pertanyaan tersebut, saya menggalakkan pelajar-pelajar yang lain cuba meleraikan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan kamu ( boleh rujuk kamus 'Karyanet ' ).
Setelah tamat sesi ini, kita akan teruskan dengan perbincangan jawapan bagi Bahagian C ( Mei 2000 kemudian Nov 2000 ). Setiap pelajar akan ditugaskan untuk menyumbangkan jawapan bagi 2 soalan. Pelajar yang lain haruslah memberi input ( kalau salah ataupun kurang isinya, kamu harus komen ). Sebelum memulakan jawapan hendaklah tulis seperti berikut :-
Soalan 42 ( Mei 2000 ) : Jawapannya.....

2005-04-12

1E - Peribahasa

Kamu akan berkongsi cerita ( ringkasan cerita ) bagi peribahasa-peribahasa yang telah ditugaskan kepada kamu. Sebelum memulakan sumbangan, jangan lupa tulis nama kamu dan pasangan dahulu :

Contoh - Sofia & Irdayu : Cerita yang boleh kami bina berdasarkan peribahasa '.....'

Pelajar yang lain bolehlah memberikan komen yang membina. Dinasihatkan agar komen diberikan dengan cara yang sopan dan jangan lupa untuk menggunakan bahasa baku !

Setelah cikgu sendiri yang memberi pengesahan, bolehlah ringkasan cerita itu disalin untuk dijadikan panduan bagi persiapan peperiksaan yang bakal menjelang.

Semoga sesi ini dapat membuahkan hasil !

3E

Selamat berjumpa para pelajar yang dirindui ! Lama sudah tidak bersua muka. Baiklah, kini saya perlukan maklum balas daripada kamu :

  • apa yang telah kamu pelajari selama 8 minggu bersama Cikgu Hidayati ( bukan saya ini 'kaypoh' tetapi saya ingin pastikan topik / bahagian mana yang harus saya mulakan / teruskan ( bagi mengelakkan sembarang pengulangan )
  • bahagian mana / apa yang perlu saya ulang ( mungkin kamu kurang faham ataupun tertidur / berkhayal sewaktu cikgu sedang mengajar ! )
  • akhir sekali, perkembangan projek budaya ( sudah kembang ataupun masih kuncup ? )

Peringatan : Mulakan komen dengan nama masing-masing

Contoh : Naufal : Pada pendapat saya......

Semoga kita sama-sama dapat menjayakan sesi ini !

4N - Kongsi maklumat

Sila berikan :-

  • ringkasan cerita yang telah kamu bincangkan bersama ( 20 - 30 pp )
  • isi-isi penting yang menjadi penggerak cerita kamu ( pendahuluan, peristiwa 1, peristiwa 2, peristiwa 3 dan penutup )

Sebelum kamu mula, haruslah kamu nyatakan nombor soalan ( Mei 2001, Nov 2000 dan sebagainya ) kamu supaya orang yang membaca tahu soalan yang kamu buat.

Selamat Berkongsi !!