2005-07-27

4N 5YS 2001 Sesi Soal Jawab

Seperti biasa, sila tujukan soalan kepada saya. Jangan lupa untuk mencari makna perkataan susah ! Bagi mereka yang mendapat markah 12 / 13 untuk surat kiriman, sila buat pembetulan ( taipkan ) dan masukkan ke dalam 'folder' saya yang bertajuk :

  • Tugasan
  • 4N
  • Surat Contoh

Selamat menjalankan kewajipan masing-masing !!!

2005-07-21

5N - Hari Keharmonian Kaum

Apa yang kamu faham tentang HKK dan berikan pandangan kamu tentang hari ini, haruskah ia diadakan dan bagaimana kita, rakyat Singapura dapat menyambutnya dengan lebih baik lagi.

4N - 5YS 2002 Sesi Soal Jawab

Sila sumbangkan apa sahaja pendapat ataupun jangan segan untuk bertanya apa-apa yang kamu tidak tahu.

2005-07-18

3E Tugasan 18 Julai

Kamu dikehendaki membaca Majalah Remaja ( yang berwarna hijau ) muka surat

  • 3 , 15, 16, 23 dan 33

Setelah membaca, sila lakukan perkara-perkara berikut

Perkara A

  • catatkan kesalahan-kesalahan bahasa yang telah kamu kenal pasti dalam setiap penulisan
  • cuba perbaiki kesalahan-kesalahan tersebut

Perrkara B

  • Sila tuliskan sebuah karangan ( surat kiriman rasmi ). Temanya ada kaitan dengan penulisan-penulisan yang telahpun kamu baca tadi.
  • Sebelum menulis, kamu diwajibkan membuat rangka ( sila ikut format yang boleh didapati di dalam folder saya - yang berjudul 1E ataupun 4N ).
  • Setelah lengkap rangka, barulah kamu dibenarkan menulis surat tersebut.
  • Soalannya : Kebelakangan ini, telah dilaporkan bahawa ramai remaja Melayu terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Sarankan kepada pihak Kementerian Pendidikan, bahagian Unit Bahasa Melayu khususnya , langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Berikan cadangan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak kementerian.

Sila cetakkan ( kalau kamu gunakan komputer ) kedua-dua salinan ; rangka dan surat tersebut. Kamu juga boleh berikan saya disket ataupun hantarkan ke e-mel saya ( sila beritahu saya terlebih dahulu ).

Tarikh Hantar : Isnin 25 Julai 2005.

2005-07-07

1E - Tokoh pilihan.

Nyatakan siapakah tokoh pilihan kamu dan sebab-sebab mengapakah kamu memilih beliau. Berikan seberapa banyak ciri-ciri positif yang boleh kamu contohi. Ingat ! Tulis nama dahulu sebelum memberikan pandangan !

1E - Tan Sri P. Ramlee

Setelah membaca rencana tentang Tan Sri P Ramlee, sila berikan satu perkara tentang beliau yang telah menarik perhatian kamu ataupun ciri-ciri ( satu atau dua ) yang boleh dijadikan sebagai contoh. Jangan lupa untuk menulis nama kamu dahulu sebelum memberikan komen-komen kamu itu !

4E- Berakhirnya Lisan


Wahai para pelajar sekalian, tamatlah sudah peperiksaan lisan bagi para pelajar kelas kita. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mendapatkan pendapat kamu tentang lelaman bahasa Melayu sekolah ini. Berikanlah pandangan yang membina dan jika sesiapa yang dapat menghulurkan lebih bantuan daripada itu, silalah 'menyerah' diri. Sila nyatakan ( salah satu ataupun kesemuanya ) :

  1. Pandangan tentang lelaman yang baru 'dilahirkan' dan masih dalam proses pembinaan.
  2. Apakah yang kamu inginkan dalam lelaman ini ?
  3. Apakah yang harus ada dalam lelaman seperti ini ?
  4. Bagaimanakah kita dapat menarik minat para pelajar ( PRSS dan lain-lain sekolah ) untuk menggunakan lelaman ini ?
  5. Bagaimanakah kita boleh mempromosikan lelaman ini ?
  6. Adakah cara bagi kita untuk 'membuka' lelaman ini kepada pelajar yang bukan Melayu ?( dalam usaha menerapkan Pendidikan Nasional ).

Terima Kasih !!!

Cikgu Filza.