2005-08-23

Surat Rasmi TKGS

Sila berikan sumbangan mahupun komen kamu. Kamu digalakkan untuk menyertai perbincangan ini secara aktif untuk mendapat manfaat daripada aktiviti ini.

Soalan : Kamu ialah ahli Kelab Kembara Remaja Singapura semenjak dari menengah satu lagi. Tulis sepucuk surat kepada Setiausaha Kelab Kembara Remaja Singapura untuk menyatakan hasrat kamu untuk menarik diri daripada keanggotaan kelab tersebut. Dalam surat kamu itu berikan sebab-sebab kamu menarik diri dan nyatakan penghargaan kamu kepada Kelab Kembara atas kecemerlangan khidmat yang mereka berikan selama kamu menjadi anggota kelab tersebut.

Sila tuliskan juga topik bagi surat ini ( iaitu bahagian ' Perkara' ).

2005-08-12

1E- Permainan Tradisional

Kamu dikehendaki mencari maklumat tentang permainan tradisional orang Melayu. Kemudian kongsilah dapatan kamu itu dengan membuat sumbangan di ruangan ini. Ingat, setiap pelajar diwajibkan membuat sekurang-kurangnya satu sumbangan. Sila rujuk kertas soalan ( dalam 'folder' saya ) untuk mendapatkan keterangan lanjut.

PERINGATAN : Gunakan bahasa baku !

2005-08-01

1E - Karya Imaginasi

Berikan idea kamu : Sebelum itu sila rujuk kertas soalan yang telah dimuatkan di dalam 'folder' saya. Sebelum membuat sumbangan kamu dikehendaki menuliskan nama kamu dengan pasangan kamu terlebih dahulu :( contoh )

Hafir & Syahirul
cerita kami......................................

Hadkan bilangan perkataan.