2005-05-03

1E - Jawapan Contoh Ringkasan

1. Terdapat pelbagai jenama oleh pengeluar terkemuka
2. Diminati semua lapisan masyarakat
3. Ringkas dan selesa
4. Tahan lasak
5. Pelbagai pilihan yang dapat menuhi citarasa setiap golongan masyarakat
6. Pelbagai bentuk
7. Levi’s syarikat pertama yang mengeluarkan jeans
8. Pelbagai warna
9. Fabrik untuk dapat keselesaan
10. Potongan yang pelbagai untuk saiz badan yang berbeza.
11. Digunakan untuk pelbagai aktiviti santai ataupun formal.
12. Popular di kalangan pelajar pelbagai jantina
13. Digunakan untuk aktiviti lasaki
14. Untuk menghadiri kelas hujung minggu
15. Senang dipadankan dengan kemeja-T atau baju blaus.

Jeans popular dan tedapat pelbagai jenama jeans yang dihasilkan oleh pengeluar terkemuka. Jeans diminati kerana dapat memenuhi citarasa setiap golongan baik tua mahupun muda, lelaki ataupun perempuan. Jeans dipilih kerana ringkas, selesa dan tahan lasak. Levi’s ialah syarikat pertama yang mengeluarkan jeans. Jeans wujud dalam pelbagai bentuk untuk disesuaikan dengan saiz badan yang berbeza, fabrik untuk keselesaan dan warna. Jeans juga digunakan untuk aktiviti lasak atau formal mahupun untuk bersantai. Jeans popular di kalangan pelajar perempuan dan lelaki untuk menghadiri kelas hujung minggu atau bersantai. Jeans mudah dipadankan dengan kemeja-T atau blaus.
(92 pp)

Surat Tidak Rasmi - 4N - 2001 'N'

Baiklah kamu semua sedang sibuk memikirkan isi-isi bagi menjawab soalan ini. Sesiapa yang ingin menyumbangkan idea, sila lampirkannya di ruangan ini. Mungkin kawan-kawan yang lain boleh memanfaatkannya ataupun memperbaikinya. Ruangan ini juga dibuka kepada mereka yang kurang yakin tentang idea mereka. Lampirkannya dan saya dan rakan-rakan yang lain akan cuba membantu !