2005-06-29

4N - 'N' 5YS - Sesi Soal Jawab

Selamat kembali pelajar-pelajarku sekalian ! Sebulan telahpun berlalu, begitu cepat masa berjalan dan tidak lama lagi kamu akan menghadapi peperiksaan besar. Saya ingin kamu teruskan usaha gigih yang telahpun kamu mulakan awal tahun ini. Berkat kerja keras kamu, saya pasti semua boleh berjaya. Di sini saya sediakan ruangan untuk kamu mengutarakan apa-apa kemusykilan supaya saya , ataupun rakan-rakan yang lain boleh membantu dalam mendapatkan jawapannya. Gunakanlah ruangan ini dengan sebaik-baiknya dan hanya jika perlu ! Ingat peraturan ketika membuat sumbangan !! Semoga semua dapat memanfaatkan saluran ini !

2005-06-02

1E - tugasan cuti sekolah

Salam sejahtera pelajar-pelajarku yang disayangi. Bagaimanakah cuti kamu sejauh ini ? Saya berharap kamu sedang berseronok. Saya di sini ada sedikit tugasan untuk kamu. Jangan khuatir. Tugasan yang bakal diberikan tidak berat sangat. Cuma terbahagi kepada 3 perkara sahaja. Itupun tidak perlu dilaksanakan serentak. Boleh dilaksanakan secara bertahap. Saya syorkan kamu lakukannya secara bertahap, ertinya tugasan A pada minggu ini, tugasan B pada minggu hadapan dan tugasan C pada minggu seterusnya. Pastikan semua tugasan yang diberikan dilengkapkan dengan sempurna. Bagi mendapatkan salinan tugasan, kamu dikehendaki ke lelaman ini :
http://groups.msn.com/tamancikgufilza

Dalam lelaman di atas ini , saya ada lampirkan ( attach ) kertas latihan / tugasan kamu di dalam folder dokumen. Kamu bolehlah membuat salinan ke dalam disket ataupun mencetakkannya. Semua tugasan haruslah dihantarkan pada hari Isnin ( semasa pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan - tepat pada pukul 2.30 petang di Bilik ICT 2 ). ( Sesiapa yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada kelas saya ! )

Saya ingin semua yang sudah membaca arahan ini dan sudahpun mendapat salinan tugasan dari lelaman yang tertera di atas, menjawab ( menulis komen ) ke blog ini supaya saya dapat pastikan siapa yang sudah memasuki blog ini dan siapa yang belum. Bagi mereka yang tiada Internet, saya pasti, kamu akan membantu rakan-rakan kamu itu dengan membuatkan salinan tugasan untuk mereka. Dari itu, dalam komen, nyatakan siapa yang kamu tolong dan sebab-sebabnya sekali. Jika ada apa-apa masalah sila kemukakan kemusykilan kamu itu kepada saya melalui saluran ini. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan yang ada.

Salam Manis
Cikgu Filza