2005-03-22

Membina Soalan 4E

Para pelajar sekalian, hari ini kamu mempunyai tugas yang besar lagi berat. Kamu dikehendaki memikirkan soalan-soalan 'cepu emas' yang mungkin diuji untuk peperiksaan 'O', berdasarkan tema yang telah kamu sendiri tetapkan semalam. Saya harap kamu serius dalam menjalankan tugasan. Taipkan 'soalan-soalan' yang dapat kamu fikirkan. Jangan risau jika ada kesilapan bahasa, saya akan perbaikinya. Setiap kumpulan ditugaskan menyumbangkan 2-3 soalan. Selalu-selalulah lihat apa yang telah disumbangkan supaya pengulangan dapat dielakkan dan tugas kita ini akan menjadi lebih efektif ( berkesan ) dan bermanfaat. Ingat tumpuan kita ialah soalan-soalan untuk Bahagian A ( SKR/ SKTR / Dialog/ Ucapan / Syarahan ) Jika semua fokus, kita akan dapat selesaikan tugasan ini dan mulakan bab yang baru pada minggu hadapan iaitu - memikirkan bagaimana harus kita jawab soalan-soalan tersebut !

2005-03-21

Membina Soalan

2005-03-14

Salam Sejahtera

Akhirnya saya mengalah juga. Selama ini saya telah cuba sedaya upaya supaya tidak terjerat dalam gejala blog, tetapi malangnya....ternyata saya ini hanya manusia biasa.....Baiklah, saya akan cuba mencari jalan untuk menjadikan gejala blog ini sesuatu yang bermanfaat kepada para pelajar , terutama sekali para pelajar saya. Semoga dengan lebih banyak menulis ( awak...bukan saya... ) para pelajar tersayang saya akan dapat memperbaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu ! Saya juga ingin tahu seronok mana blog ini ! Mari, kita mulakan !!