Surat Rasmi TKGS
Sila berikan sumbangan mahupun komen kamu. Kamu digalakkan untuk menyertai perbincangan ini secara aktif untuk mendapat manfaat daripada aktiviti ini.
Soalan : Kamu ialah ahli Kelab Kembara Remaja Singapura semenjak dari menengah satu lagi. Tulis sepucuk surat kepada Setiausaha Kelab Kembara Remaja Singapura untuk menyatakan hasrat kamu untuk menarik diri daripada keanggotaan kelab tersebut. Dalam surat kamu itu berikan sebab-sebab kamu menarik diri dan nyatakan penghargaan kamu kepada Kelab Kembara atas kecemerlangan khidmat yang mereka berikan selama kamu menjadi anggota kelab tersebut.
Sila tuliskan juga topik bagi surat ini ( iaitu bahagian ' Perkara' ).

43 Comments:
Saiful Joe
isi utama:
Saya mahu beri perhatian kepada peperiksaan peringkat 'O' saya.
ZuL
isi:
ada kelas tambahan=>akan berasa letih dan tidak akan membuat tugas saya dengan sempurna
Sarah
tidak dapat meluangkan masa yang cukup dalam pelajaran
PENGENALAN
. isi-isi= mengenalkan diri secara formal.
. memberitahu mengapakah surat ini ditulis.
. penerangan= e.g. Saya, M.Saiful Fazrie dari kelas 5A1
. saya hendak memberitahu saya mahu menarik diri dari kelab. e.g
, akibat beberapa sebab
CIKGU!!! TADI TADIK TU SAYA TAO! SAIFUL FAZRIE!!
Ok, bahagian pengenalan jika semua buat seperti saiful betul:
1. Perkenalkan diri
2. tujuan menulis surat
md faris said:isi utama
kerja2 sekolah tidak dilaksanakan kerana telah banyak menyumbangkan masa kepada kelab tersebut
isi: sudah tidak berminat lagi dlm kelab itu.
Saiful Joe
perenggan 3
- Kursus peningkatan diri
penerengan:
-saya dapat pelajari bagaimana untuk mempersembahkan diri saya dengan lebih baik
ok, ketiga-tiga pelajar yang telah memberi sumbangan - itu saya rasa isi sampingan. apakah isi utamanya :
Isi Utama : Peperiksaan peringkat 'O' semakin dekat
Penenrangan : .........
Saiful awak buat sumbangan untuk bahagian apa ? Itu isi utama ataupun penerangan ?
Saiful Joe
Cikgu!!!!!!!!!!! Saiful yang mana????
yang tulis untuk perenggan 3 !
PERENGGAN 1
isi
. memberitahu telah membuat banyak sumbangan dari sec 1.
. Presiden kelab itu dari men. 3
penerangan- telah menganjurkan beberapa ekspidisi untuk kelab
Nasuha : isi awak tentang tiada minat lagi seperti tidak logik.
This comment has been removed by a blog administrator.
Jadi apakah isi-isi utama yang kita perlukan ?
Oklah saya bantu - kebanyakan antara wak yang berikan penerangan. Baiklah saya berikan isi utamanya berdasarkan sumbangan yang telah diterima, awak berikan penerangannya.
areeff
isi:
pelajaran semakin merosot.
harus memberi lebih perhatian kepada pelajaran kerana takut gagal dalam peperiksaan.
Isi Utama 1 : Peperiksaan peringkat 'O' bakal menjelang.
Untuk sumbangkan penerangan tulis tajuk dahulu iaitu
Penerangan Isi Utama 1 :....
ZuL
Ok best...
Isi Utama 2 : ??? Saya masih belum dapat bayangan daripada awak. Sumbangan Nasuha tentang tiada minat - saya rasa kurang logik dan sesuai. Cuba fikirkan isi utama lain. Bagaimana pula dengan keadaan keluarga ???
isi utama: Peperiksaan peringkat 'O' semakin dekat
penerangan: - sibuk dengan kerja sekolah
- harus menumpukan perhatian dalam pelajaran
Zul ! Apa 'best ' ??? Guna bahasa Melayu !!
macbethshoes
md faris isi utama:telah mendapat peghormatan daripada ahli-ahli keab tersebut
Faris !! ???????
Ameerah.............
ibubapa kasihan dengan keadaan anaknya yang terpaksa mengimbang kerja sekolah dan menghadiri kelab tersebut.....????????????
saiful joe
isi utama kedua:
mahu beri peluang kepada orang lain...
boleh cikgu????
md faris:isi utama:-telah banyak menggunakan masa kepada kelab darippada pelajaran.
Isi Utama 3 : ( Penghargaan ) Fikirkan apakah penghargaan yang ingin awak berikan kepada kelab tersebut ? Dari segi khidmat yang pernah diberikan kepada kamu .
isi utama: peperiksaan peringkat 'o' semakin dekat.
-pelajaran semakin merosot dan harus memberikan leih tumpuan dalam pelajaran.
-masalah keluarga:ibu bapa meyuruh tumpukan pelajaran dan melebihkan masa di rumah
Saiful Joe
isi utama ketiga
kursus peningkatan diri....
boleh cikgu???
md faris said:isi utama:-menyumbangkan kerja-kerja saya dan juga wang untuk mencapai kejayaan kelab tersebut
Hai penat saya, berbuih mulut saya. Sila rujuk contoh Saiful Johan di dalam 'folder' saya.
Zul
Isi utama kedua: Kesihatan
boleh cikgu???
perenggan 3 :
- bagaimana kelab itu telah menolong saya
penerangan
- menjadi lebih berdikari
- berani untuk menghadapi cabaran
- oleh itu, saya akan melibatkan diri dalam kelab ini selepas peperiksaan ‘o’ sebagai orang yang berpengelaman, dapat tunjuk ajar kepada pendatang baru.
Saya hendak awak lihat perenggan 1 Johan. Perenggan 2 - ubah isi utamanya
ZuL
baik ah sarah...tak terfikir aku...
APa pandangan awak tentang isi ini : ( untuk Isi Utamna 2 )
Masalah kewangan ?
Masalah tiada orang jaga adik ?
Perceraian ?
Sesiapa yang sakit yang perlu dijaga ?
Ya ! Syabas Sarah....hendak harapkan wira-wira kita....hari pun hujan !
ZuL
alah cikgu...sebelum mula kelas melayu dah hujan...
Sila bertanya melalui saluran ini jika ada masalah !
Baiklah, saya rasa semua isi sudah mencukupi. Bagi membantu awak, saya akan memberi had bagi setiap perenggan.
Pengenalan : 20 patah perkataan.
Perenggan 1 : 30 pp
Perenggan 2 : 30 pp
Perenggan 3 : 40
Penutup : 20 pp
Post a Comment
<< Home