2005-04-12

1E - Peribahasa

Kamu akan berkongsi cerita ( ringkasan cerita ) bagi peribahasa-peribahasa yang telah ditugaskan kepada kamu. Sebelum memulakan sumbangan, jangan lupa tulis nama kamu dan pasangan dahulu :

Contoh - Sofia & Irdayu : Cerita yang boleh kami bina berdasarkan peribahasa '.....'

Pelajar yang lain bolehlah memberikan komen yang membina. Dinasihatkan agar komen diberikan dengan cara yang sopan dan jangan lupa untuk menggunakan bahasa baku !

Setelah cikgu sendiri yang memberi pengesahan, bolehlah ringkasan cerita itu disalin untuk dijadikan panduan bagi persiapan peperiksaan yang bakal menjelang.

Semoga sesi ini dapat membuahkan hasil !

30 Comments:

At 8:33 AM, Blogger cgfilza said...

Sofia & Irdayu = air dicencang tiada putus & bagai harimau beranak muda
Syazwani & Zahariah = Bagaimana acuan begitulah kuihnya & Bagai hujan jatuh ke pasir
Shariffah & Khuzaimah = Bagai tikus membaiki labu & Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi.
Nurul & Shahirah = Seperti pucuk layu disiram hujan & Sebab buah dikenal pohonnya
Hafir & Shafiqa = Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam & Bagai kaduk naik junjung
Shahirul & Adlina = Berhakim kepada beruk & Melepaskan batuk di tangga
Iman & Tengku = Ringan tulang, berat perut & Seperti labah-labah cinta kepada telurnya

 
At 1:13 PM, Blogger Irdayu Abdul said...

Bagai harimau beranak muda=keadaan seseorang yang tersangatlah garang dan bengis

Minah ialah seseorang yang panas baran. Dia senang sahaja memarahi orang yang tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, dia dikenali ramai dengan sikapnya yang pemarah itu. Oleh itu, rakan-rakannya memberikannya gelaran Minah baran. Perangainya tidak asing sekali seperti peribahasa bagai harimau beranak muda.
Terima kasih

 
At 1:14 PM, Blogger cgfilza said...

Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Baik ceritanya. ( Bukan perkataan kesat tetapi bahasa kesat ! )
Cabaran untuk karangan ini ialah bagaimana kita hendak mengembangkannya. Tetapi itu boleh difikirkan dalam sesi yang lain ! Syabas !

 
At 1:15 PM, Blogger .s0fia. said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 1:16 PM, Blogger .s0fia. said...

[Seperti air dicencing tiada putus]
Kakak dan abangku sedang bertengkar lagi. Saya hairan mengapa mereka sentiasa berbalah. Saya pun menegur mereka. Teguran saya itu memberi kesan yang mendalam. Kakak saya pun mengalah dan meminta maaf daripada abang. Ini menunjukkan bahawa jika adik-beradik bergaduh, mereka akan berbaik semula, seperti air dicencang tiada putus.

 
At 1:17 PM, Blogger cgfilza said...

Melepaskan batuk di tangga

Ceritanya boleh tahan. Cuma awak mesti menampakkan bahawa kelakuannya yang leka itu yang ibarat melapaskan batuk di tangga.

Hati-hati menggunakan bahas...sesiapa yang boleh bantu perbaiki bahasa mereka ?

 
At 1:18 PM, Blogger Irdayu Abdul said...

saya tidak berapa paham dengan cerita awak lah ad..jelaskan pada saya nanamuna..

 
At 1:19 PM, Blogger cgfilza said...

Bagai harimau beranak muda=keadaan seseorang yang tersangatlah garang dan bengis

Ceritanya baik. Boleh disalin. Cuma ingat cabaran semasa mengarang ialah bagi mewujudkan sikap atau kelakuan yang betul-betul menunjukkan kebengisannya ! Syabas !

 
At 1:20 PM, Blogger Yul "The Fool" said...

[BERHAKIM KEPADA BERUK]

Pada Suatu hari,seekor harimau sedang mencari makan di hutan. Semasa sedang mencari makan, dia terserempak dengan seekor singa yang pun sedang mencari makan. Kebetulan mereka ternampak seekor kancil yang sedang menjalan-jalan. Harimau itu cuba menerkam kancil itu, tetapi Si Singa itu menolaknya dan bergaduh dengan harimau itu. Setelah berlama b/ergaduh, si harimau itu ada cadangan. "Kan lebih baik jika kita kongsi bersama?"Si singa itu pun setuju. Mereka pun menahan si kancil daripada melarikan diri. Sahaja si harimau hendak makan kancil itu, si singa pun menolaknya sekali lagi dan berkata, "Saya tidak bersetuju. Saya yang nampak kancil itu dahulu sebelum awak. Saya yang sepatutnya dapat apa yang saya inginkan!" Dan seterusnya mereka bergaduh sehingga tidak perasan yang kancil itu sudah melarikan diri!

Pengajaran : Jangan sahaja mengadil dengan orang yang tamak, kerana awak akan membuat situasi lebih teruk dan awak akan menjadi rugi

 
At 1:20 PM, Blogger Irdayu Abdul said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 1:20 PM, Blogger yaya said...

Lutfi dikenali sebagai budak yang baik,bersopan-santun dan peramah.Dia disukai oleh kebanyakan guru di sekolah kerana dia selalu menolong guru mengangkat barang-barang mereka.Suatu hari ibu bapanya harus jumpa dengan guru untuk membincangkan peperiksaan peringakat 'O'.Apabila gurunya berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya,gurunya tidak hairan dengan sikapnya yang baik itu.Bak pepatah,sebab buah dikenal pohonnya.

 
At 1:21 PM, Blogger cgfilza said...

Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

Hafir, peribahasa ini menyatakan kalau bodoh, belajar atau diajar boleh jadi pandai !! Awak tulis malas !?

 
At 1:22 PM, Blogger cgfilza said...

Seperti air dicencang tiada putus
Baik - boleh disalin.

 
At 1:23 PM, Blogger Yul "The Fool" said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 1:23 PM, Blogger cgfilza said...

bagai tikus membaiki labu

Mmmmm saya kurang selesa dengan cerita awak. Sila rujuk makna peribahasa sekali lagi....

 
At 1:26 PM, Blogger Irdayu Abdul said...

apa sahaja syazwan..aku kan tidak tahu siapa muna tuu..maaf lah..ahAhAHkx..nanamuna..cerita saya memang menjelaskan personaliti MInah yang seperti minah. kerana peribahasa saya adalah sebuah peribahasa yang menunjukkan KELAKUAN orang yang bengis sayang..!!

 
At 1:26 PM, Blogger cgfilza said...

BERHAKIM KEPADA BERUK

Ya ceritanya menepati peribahasa tetapi....say hendak awak tukar watak...jangan buat cerita binatang, gunakan konteks kehidupan manusia.

 
At 1:27 PM, Blogger Yul "The Fool" said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 1:28 PM, Blogger cgfilza said...

sebab buah dikenal pohonnya.

Saya rasa ceritanya kurang menepati peribahasa, awak perlu bina cerita yang menunjukkan ibu bapa yang baik dan anak yang baik....seperti ibu bapanya. ingat sebab kelakuan si anak, orang tahu akan perangai dan kelakuan ibu bapa.

 
At 1:29 PM, Blogger cgfilza said...

belakang parang pun akan tajam jikalau diasah nescaya tajam.

Ok Hafir !

 
At 1:34 PM, Blogger Irdayu Abdul said...

aidah..cerita kamu baguuss. ahaks..adlina..syabas..

 
At 1:35 PM, Blogger cgfilza said...

seperti labah-labah cinta kepada telurnya

Bagus. Cuma akan menjadi lebih baik kalau awak boleh wujudkan beberapa peristiwa yang berlaku yang menunjukkan kasih sayang yang melimpah-limpah antara pasangan itu. Syabas !

 
At 1:39 PM, Blogger cgfilza said...

bagai kaduk naik junjung.

50% menepati peribahasa. Saya tidak suka bahagian : judi ( menang judi tidak memberi kemuliaan kepada seseorang itu ), Saya hendak awak bina cerita yang menunjukkan dulu tidak berpangkat, selepas mendapat pangkat - sombong. Ubah cerita !

"penyapu sampah" - tukang sapu sampah ( penyapu itu alat yang digunakan untuk menyapu ! )

 
At 1:41 PM, Blogger Yul "The Fool" said...

[BERHAKIM KEPADA BERUK]

Anak-anak Pak Man selalu bergaduh. Tidak ada sehari pun mereka tidak bertengkar. Suatu hari, Azman, abang sulung mereka, hendak makan ayam yang disediakan daripada ibu mereka. Baru shaja dia hendak makan, adik-adiknya pun mengacau ketenteramannya. " Abang, boleh saya makan sedikit?" akhirnya , si sulung mengalah dan memberikan mereka sedikit daripada ayam itu. Setelah mereka sudah dapat makan, abang sulung punsedia untuk makan. Baru sahaja dia hendak makan sekali lagi, adik-adiknya mencari gaduh dengannya. "Abang Pelokek" adalah nama mereka berikan kepada abang sulung. Abang sulung itu pun menyesal mendapat adik-adik begini.

Pengajaran : Jangan sahaja mengadil dengan orang yang tamak, kerana awak akan membuat situasi lebih teruk dan awak akan menjadi rugi

 
At 1:41 PM, Blogger cgfilza said...

iman - cerita awak patut fokus pada makna peribahasa !

 
At 1:43 PM, Blogger cgfilza said...

Bagai hujan jatuh ke pasir

makna peribahasa tidak jelas setelah tamat membaca ceritanya..... nampakkan ada sesuatu kebaikan yang seseorang itu terima, kemudian perbuatan itu hanya sia-sia sahaja.... satu cabaran ya !

 
At 1:45 PM, Blogger cgfilza said...

BERHAKIM KEPADA BERUK]

Masih kabur ! Sesiapa boleh bantu Syahirul !?

 
At 1:46 PM, Blogger cgfilza said...

bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi

Kurang jelas, sila rujuk makna peribahasa dan bina cerita yang berkisar makna tersebut.

 
At 10:11 AM, Blogger cgfilza said...

Nanamuna
Seperti Tikus Membaiki Labu : Ok

 
At 10:14 AM, Blogger cgfilza said...

Hujan Jatuh Ke Pasir

Ceritanya tidak jelas bererti saya tidak nampak sesuatu pertolongan yang sia-sia ( ataupun tidak berbalas ). Wujudkan cerita yang jelas kelihatan perkara tersebut. Contohnya, Ali telah bantu Amal tetapi Amal tetap melakukan perkara yang mendatangkan musibah terhadap dirinya. Jadi kebaikan yang ALi berikan itu seolah-olah sia-sia sahaja !

 

Post a Comment

<< Home