2005-04-12

3E

Selamat berjumpa para pelajar yang dirindui ! Lama sudah tidak bersua muka. Baiklah, kini saya perlukan maklum balas daripada kamu :

  • apa yang telah kamu pelajari selama 8 minggu bersama Cikgu Hidayati ( bukan saya ini 'kaypoh' tetapi saya ingin pastikan topik / bahagian mana yang harus saya mulakan / teruskan ( bagi mengelakkan sembarang pengulangan )
  • bahagian mana / apa yang perlu saya ulang ( mungkin kamu kurang faham ataupun tertidur / berkhayal sewaktu cikgu sedang mengajar ! )
  • akhir sekali, perkembangan projek budaya ( sudah kembang ataupun masih kuncup ? )

Peringatan : Mulakan komen dengan nama masing-masing

Contoh : Naufal : Pada pendapat saya......

Semoga kita sama-sama dapat menjayakan sesi ini !

18 Comments:

At 11:19 AM, Blogger zainal said...

zainaL: Kami sekelas telah mempelajari surat kiriman rasmi, kata majmuk(istilah khusus, rangkaian kata bebas, kiasan),ayat majmuk,klausa komplimen,klausa keterangan, klausa relatif dan penanda wacana. Cikgu Filza harus ulangkan semua bahagian yang ada di peperiksaan pertengahan tahun. Penanda wacana yang paling mustahak. Project budaya kumpulan kami masih banyak yang harus dibuat.

 
At 11:20 AM, Blogger zainal said...

Syam: Kami mempelajari pelbagai topik di bawah Cikgu Hidayati. Topik-topik seperti kata majmuk (istilah khusus, rangkaian kata bebas, kiasan), ayat majmuk, klausa komplimen, klausa relatif, klausa keterangan, penanda wacana, surat kiriman rasmi telah dipelajari. Saya rasa cikgu filza harus mengajar semula penanda wacana. Perkembangan projek budaya kumpulan masih banyak yang harus dibuat

 
At 11:21 AM, Blogger RaudahEryani said...

RaudaH: Pada pendapat saya, cikgu hidayati telah mengajar dengan baik..tetapi apabila saya baru berjumpa dengan dia, dia amatlah menyeramkan..haha..suka marah-marah..Cikgu hidayati telah mengajar kami perbezaan diantara ayat,klausa dan frasa..ayat majmuk,ayat majmuk campuran,ayat majmuk pancangan relatif,klausa keterangan,penanda wacana..Tapi,cabaran yang saya hadapi adalah, bagaimana untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari..*pEacE_oUt*(o",o)

 
At 11:21 AM, Anonymous Anonymous said...

aishah: helo cikgu, pada pendapat saya cikgu hidayati telah menolong saya memperbaiki struktur ayat saya dan juga format surat kiriman. cikgu hidayati telah mengajar dengan baik dan saya tidak mempunyai sebarang masalah.
kumpulan saya akan memulakan tugas kami "officially" pada hujung minggu ini kerana selama ini, kami terlalu sibuk dengan aktiviti masing-masing dan juga, saya sebagai ketua kumpulan, saya telahpun membahagikan tugas mereka dan siapkan kertas kerja..

saya rasa saya tidak perlukan cikgu mengajar semula topik-topik yang telah diajari oleh cikgu hidayati..

wassalam

 
At 11:22 AM, Anonymous Anonymous said...

NaQiah: Selama lapan minggu yg berlalu, banyak yg dpt saya pelajari dari ajaran cikgu hidayati. Beliau banyak mengunjurkan aktiviti-activiti di dalam kelas hingga kami pasti akan sesuatu topik itu. Contohnya, surat kiriman. Beliau juga mengajar menggunakan ppt iaitu amat interaktif dan dengan itu, kami menggunakan inisiatif untuk mengambil nota dan sebagainya. Beliau juga memastikan bahawa kami memahami topik yg telah diajar sebelum ke topik yang selepasnya.Saya juga ingin sarankan yg mungkin cikgu juga boleh lebih memberikan lembaran latihan supaya kami lagi "in-depth" dan dpt lagi memastikan kefahaman individu dlm sesuatu topik. Mengenai projek budaya, saya harap bahawa kami murid-murid dan cikgu dpt lebih berinteraksi mengenai perkembangan projek tersebut kerana tanpa cikgu, saya berpendapat bahawa projek ini seluruhnya seperti tidak berjalan. Hingga di sini sahaja.Sekian.

 
At 11:23 AM, Blogger maliaaaaaaaaa said...

iQmaLiA: Pada pendapat saya, cikgu hidayati telah mengajar kami dengan baik dan semua pelajaran yang telah diajarnya, saya faham. Tidak ada masalah..cikgu hidayati telah mengajar ayat majmuk campuran,penanda wancana,klausa keterangan dan perkara2 yang sewaktu dengannya..saya dengar2 bahawa cikgu hendak kami mengaplikasikan apa yang kita telah pelajari..itulah cabaran yang saya harus hadapi..entah bagaimana saya hendak lakukannya..tetapi, secara keseluruhan, saya telah mempelajari banyak perkara di bawah "jagaan" cikgu hidayati...

 
At 11:24 AM, Blogger maliaaaaaaaaa said...

atiqah: Pada pendapat saya, saya telah mempelajari banyak dari cikgu hidayati. contohnya, beliau telah mengajar kami tiga macam kata majmuk. saya juga telah belajar tentang ayat majmuk dengan klausa relatif, komplemen dan keterangan. beliau juga telah mengajar surat kiriman rasmi. bukan itu sahaja, beliau juga telah mengajar kami penanda wacana. saya rasa kalau saya cuba sedaya upaya saya, saya boleh menggunakan apa yang saya pelajari dalam karangan saya. untuk peperiksaan pertengahan tahun, saya ingin cikgu mengulangkaji prosedur cloze.

 
At 11:24 AM, Blogger Miracle Boi said...

kami telah belajar tntang kata majmuk. ada terdapat tiga macam kata majmuk ia itu kata majmuk istilah khusus, rangkaian bebas dan klausa relatif. Kami juga ada belajar tentang ayat majmuk.Ayat majmuk terdapat tiga macam, ia itu ayat majmuk gabungan,ayat keterangan dan komplemen. saya juga ada belajar tentang penanda wancana.
Di buat oleh SIDEK dan HAFIZ dan SYAMIM

 
At 11:25 AM, Blogger maliaaaaaaaaa said...

Medinah
Pada pendapat saya,saya dapat memahami kebanyakan dari apa yang sudah diajarkan oleh Cikgu Hidayati. Cikgu boleh ulangkan bahagian Penanda Wacana? Pada pandangan saya, cabaran saya adalah untuk mengaplikasikan apa yang sudah diajar kepada karangan. Cikgu boleh mulakan dengan meringkaskan apa yang sudah diajar Cikgu Hidayati. Selepas itu, Cikgu boleh tak mengulangkaji dengan kami latihan untuk peperiksaan seperti kefahaman dan prosedur kloz.

 
At 11:26 AM, Blogger RaudahEryani said...

Suhailah:) :) Pada pendapat saya, Cikgu Hidayati telah mengajari kelas dengan sederhana, kerana, untuk saya, saya tidak dapat menangkapi beberapa pengajaran. Ia adalah seperti, kata majmuk, ayat majmuk, ayat majmuk relatif dan sewaktu dengannya. Saya juga tidak begitu jelas dengan beberapa keterangannya. ia semuanya telah mengelirukan pemahaman saya. Cikgu Hidayati telah mengajari kami tentang ayat majmuk campuran, ayat majmuk pancangan relatif, klausa keterangan, penanda wacana........

saya ingin menyarankan Cikgu Filza untuk mengajar semula dengan ringkas tentang apa yang telah diajari oleh Cikgu Hidayati.

 
At 11:26 AM, Anonymous Anonymous said...

Rachel: Selama lapan minggu yang lalu, cikgu Hadayati telah mengajar beberapa topik. Contoh topik-topik itu ialah penanda wacana, surat kiriman, kata majmuk, ayat campuran, klausa relatif, komplemen dan keterangan. Kita selau membuat kerja berkumpulan dengannya. Dia selau memastikan bahawa setiap orang membuat kerja dan menghantarkan kerja. Dia pun menggunakan 'powerpoint' untuk megajar kita. Dia selau memastikan bahawa kita memahami pengajarannya sebelum memulakan pelajaran baru.

 
At 11:26 AM, Blogger Infernus said...

Zulhilmi:
Kami telah belajar:
1)penanda wacana
2)kata majmuk
3)ayat majmuk
4)ayat tunggal
5)ayat majmuk campuran
6)surat rasmi
7)klausa relatif
8)klausa keterangan
9)klausa komplemen

Kami mahu cikgu ulang:
1)Penanda wacana

Kami telah menukar projek budaya kepada senjata melayu

 
At 11:28 AM, Blogger zainal said...

~syuhaidah~:apa khabar cikguuuuu!! kiter pun riiiiindu cikgu tetapi apa daya terpaksa kita berpisah...hehehe..oklar..pada pendapat saya cikgu tidak perlu mengulang apa2 dari apa yang telah diajar oleh cikgu hidayati kerana saya faham...tetapi tidak tahulah tentang murid2 yang lain..pada pendapat saya cikgu hidayati banyak menggunakan cara mengajar yang 'hands on'kerana kita banyak membuat kerja berkumpulan..yang paling menggerunkan ialah apabila kita perlu bernyanyi..kita harus menggubah lagu dan kemudian bernyanyi dihadapan kelas..abeh tu ada kamera pulak!!!! fall my water face u know...ok..saya betul2 tidak sabar untuk diajar oleh cikgu pula. tidak lama lagi kita harus menduduki peperiksaan pertengahan tahun, saya ingin sekali mengetahui apa yang akan diuji di dalam peperiksaan.tentang projek budaya pula kita masih dalam peringkat 'research' kita telah bertemu lebih dari 2 kali. tetapi kerana peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi saya rasa kita akan menangguh proses membuat projek budaya ini buat sementara. saya harap cikgu tidak marah..ok kembali kepada cikgu..saya tidak sabar untuk mula kembali diajar oleh cikgu..buuubye

 
At 11:28 AM, Anonymous Anonymous said...

Mohamed Nasri:
Pada pendapat saya, Cikgu Hidayati telah membuat tugasnya dengan baik. Topik-topik yang cikgu telah mengajar ialah: Kata majmuk, ayat majmuk campuran dengan klausa relatif, keterangan dan komplemen. Dia juga telah mengajar penanda wacana dan surat kiriman rasmi.
Saya sebenarnya tidak ada apa-apa masalah dengan setiap topik tetapi untuk kebaikan keas kami, saya rasa cikgu filza mulakan dengan ayat majmuk kerana saya pun ada sesuatu yang kurang pasti.
Untuk pengetahuan cikgu, kumpulan saya tidak ade perkembangan dalam projek budaya tetapi kami telah menonton video yang menunjukkan satu majlis perkahwinan.

 
At 11:28 AM, Blogger zainal said...

Diyana:
.:.
Selama 8 minggu bersama Cikgu Hidayati, kebanyakan yang dipelajari adalah ayat dan kata majmuk. Kita dikehendaki membuat ayat, persembahan dan byk2 lagi. Persembahan2 tersebut tidak membosankan.. Ia cara yang kreatif untuk mempelajari topik tersebut. Selain daripada itu, kami juga membuat karangan surat kiriman rasmi dan penanda wacana. Saya berharap bahawa cikgu dapat mengulangi pelajaran bagi penanda wacana kerana topik tersebut hanya diajar secara ringkas..
.:.
Projek budaya...kumpulan saya belum berkembang!!! kami masih di peringkat 'research'..Kita telah bertemu selama 2 kali.tetapi kerana peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi, kami terpaksa tangguhkan projek tersebut..saya berharap cikgu faham akan situasi kami..
.:.
Beberapa minggu lagi peperiksaan pertengahan tahun akan bermula..sekian..
.:.

 
At 11:28 AM, Blogger SuGaR gUrL dHiLaH said...

Fadhilah: hi cikgu. cikgu menyuruh kami menulis ape yang telah dibelajar semasa cikgu tidak berada di sini, kan? okies... kami belajar tentang penanda wancana, kata tunggal, kata majmuk dan banyak kata-kata lagi. kami telah banyak belajar tentang pelajaran tersebut. dari dahulu saya tidak memahami satu benda langsung, sekarang setelah cikgu hadayati mengajar, saya sudah sapat memahami pelajaran tersebut. saya tahu apa maksud penanda wancana. saya tahu apa itu ayat tunggal dan sebagaiya. saya tahu bila hendak memakai kata majmuk dan klausa kompliment dan klausa keterangan. saya dapat membuat ayat dengan bagus setelah sudah berapa banyak kali melatih membuat ayat yang cikgu hidayati menyuruh kami buat. kami di dalam klass pun membuat banyak aktiviti yang menarik. kami menyanyi dalam klass dan juga membuat drama dalam radio. klass melayu sekarang semakin menarik dan saya berasa tidak sabar untuk pergi ke klass melayu. saya harap cikgu akan membuat aktiviti-activity yang menarik seperti ini supaya kami tidak jemu untuk pergi ke klass melayu. untuk projek budaya, kami masih tengah membuat research. sememtari ini, kami berhenti untuk sememtara waktu kerana peperiksaan pertengahan tahun hendak menjelma.

 
At 11:28 AM, Blogger faris k said...

Faris: Cikgu Hidayati telah mengajar kita ayat majmuk. Cikgu Hidayati telah mengajar kami ayat tunggal. Cikgu Hidayati telah mengajar kami klausa. Klausa tidak ada kena mengena dengan Santa Klausa. Jadi, jangan kena tipu. Dengan itu, komen ini belum habis.

Cikgu tidak perlu ulang apa-apa kerana Cikgu Hidayati sangat bagos.

Projek Budaya: Tidak berjalan lancar. Bagaikan kapal berlayar di pasir. Kita ada buat tapi sikit je

 
At 11:59 AM, Blogger cgfilza said...

Saya bersyukur kamu semua faham apa yang telah diajar dan juga telah mendapati aktiviti-akitiviti yang dikendalikan seronok. Jika sebaliknya, bererti saya telah gagal membimbing guru pelatih saya ! Cuma satu perkara yang membimbangkan saya ialah sama ada kamu telah betul-betul menggunakan pengetahuan yang telah disampaikan oleh guru pelatih itu ( berdasarkan ayat-ayat awak yang saya baca...saya seraaaammmmm ! ) Besar kemungkinan, saya akan menggunakan strategi lain supaya yang akan mendatangkan kesan dengan lebih cepat. Peperiksaan akan menjelang dalam jangka masa tiga minggu lagi. Oleh yang demikian, saya akan pilih apa yang penting bagi mempersiapkan diri kamu dalam menghadapi peperiksaan kelak.

 

Post a Comment

<< Home