2005-04-18

4E Beza Ucapan & Syarahan

Setelah meneliti kedua-dua penulisan yang berbentuk ucapan dan syarahan, kamu dikehendaki:

  • mencari perbezaan dan persamaannya ( berpandukan kertas tugasan yang telahpun diletakkan di dalam folder saya ).
  • lengkapkan soalan dalam kertas tugasan
  • laksanakan soalan ucapan ( setelah itu syarahan ) yang telah diberikan dalam senarai soalan dalam 'Jadual Latihan Intensif Kertas 1 '.

Kongsi dapatan kamu dengan menghantarkannya ke blog ini. Pastikan tiada pengulangan. Maklumat yang telah dihantar harus disalin. ( Salin kertas tugasan ke dalam MS Word supaya kamu boleh membuat catatan- setelah itu boleh dicetak di rumah ).

35 Comments:

At 11:52 AM, Blogger Zlhaykf said...

ucapan- lebih kepada luahan isi hati.

syarahan- seperti karangan. cuma format lain. (topik, isi, akhir)




-amirah

 
At 11:52 AM, Blogger cgfilza said...

Cik abang dan cik adik, sebelum membuat catatan dalam kertas latihan, sumbangkanlah dahulu, kita di sini hendak tahu juga apa yang telah awak bincangkan !

 
At 11:54 AM, Blogger cgfilza said...

amirah - mmmm luahan isi hati....macam novel, diari pula ! kurang trepat. Ya- syarahan seolah-olah seperti mengarang karangan perbincangan.

 
At 11:55 AM, Blogger cgfilza said...

Berikan ayat-ayat / frasa-frasa yang boleh digunakan sebagai Kata Penghadap / Kata alu-aluan...

 
At 11:57 AM, Blogger Zlhaykf said...

ucapan ... ada tujuannya, seperti hendak mengucap selamat tinggal kepada seseorang, terima kasih dan dot dot dot...

jika syarahan... err... tertumpu kepada satu topik dan kita jelaskan topik itu dengan lebih lanjut...

agaknya lah tu...

zulaiha

 
At 11:58 AM, Blogger Zlhaykf said...

ucapan- lebih kepada terima kasih, selamat tinggal, selamat datang. semua yang selamat dot dot dot.
eh. agaknya ah tu. =)


-amirah

 
At 11:58 AM, Blogger Jyukkie said...

Syarahan adalah untuk mengetengahkan hal ehwal Islam?
mungkin ucapan pula adalah untuk mengetengahkan sesuatu kepada masyarakat?

-Arjuna

 
At 11:59 AM, Blogger Zlhaykf said...

syarahan- selalunya panjang lebar. fokus kepada sesuatu topik.

ucapan- ringkas.lebih bebas. tiada topik yang tetap.

 
At 12:00 PM, Blogger cgfilza said...

Ya betul rag doll / zulaikha !

Nampaknya awak semua sudah faham tujuan U & S ditulis. Syabas ! Sekarang tiba masanya untuk senaraikan Kata Penghadap, Format, Bahasa ( Kata Ganti Nama Diri )Contoh :
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi dan hadirin sekalian...

 
At 12:01 PM, Blogger cgfilza said...

Syarahan : Bincangkan tentang satu topik.( macam Karangan Perbincangan )

Ucapan : Untuk mengucapkan selamat datang, selamat tinggal, memberi taklimat dan sebagainya..... ( macam guru besar awak buat dalam sesi pertemuan ibu bapa ! )

 
At 12:02 PM, Blogger cgfilza said...

Jangan salah tanggapan bahawa Syarahan ada kaitan dengan agama...ini bukan syarahan di masjid !

 
At 12:02 PM, Blogger Zlhaykf said...

syarahan tidak perlu berbahasa yang begitu formal kerana 'audience' tidak terhad kepada orang2 yang bernama.

kalau ucapan selalu dibuat semasa 'event' yang formal. jadi bahasa yang digunakan juga perlu formal dan penuh sopan santun.

 
At 12:03 PM, Blogger cgfilza said...

Terima kasih sufriens atas sumbangan kata alu-aluan kamu ! Yang lain...tunggu apa lagi ? Salin !!! Sumbang!!!

 
At 12:04 PM, Blogger Jyukkie said...

Untuk syarahan - pada setiap perenggan mesti diselitkan 'saudara-saudari yang saya hormati sekalian'

ucapan pula hanya pada perenggan yang pertama sahaja...

 
At 12:04 PM, Blogger Zlhaykf said...

kata pembuka untuk:

syarahan- selamat tengah hari saya ucapkan kepada hadirin sekalian. pada hari ini saya akan membuka tirai dengan sebuah pantun bagi membentangkan tentang kes kasino yang sering dibincang oleh orang ramai.


ucapan- saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak menyokong saya.


agaknya la tu.


=)


-amirah.

 
At 12:04 PM, Blogger Zlhaykf said...

kata penghadap ? apa itu?

 
At 12:05 PM, Blogger cgfilza said...

Ya shafrina. Kedua-duanya digunakan dalam konteks yang formal. Dari itu bahasa juga formal. KGN seperti: anda, tuan, puan,,,,,,

 
At 12:06 PM, Blogger Jyukkie said...

oh bukan syarahan di masjid? Oh baiklah cikgu... saya tidak akan salah tanggap lagi...

Arjuna

 
At 12:07 PM, Blogger cgfilza said...

Zulaiha - terima kasih atas sumbangan kata pembuka.

Sebenarnya kata Penghadap / alu-aluan / pembuka, tiada beza antara U & S- yang membezakannya ialah konteks / situasi ianya digunakan...majlis apa....contohnya.

 
At 12:08 PM, Blogger cgfilza said...

shafrina - hati-hati dengan menggunakan bahasa slanga- kalau untuk beri contoh boleh....

 
At 12:09 PM, Blogger Zlhaykf said...

ya memang betul!

context mahu lebih.

muahaha.

 
At 12:09 PM, Blogger cgfilza said...

Kata Penghadap : Yang mulia Puan XXX, para guru dan hadirin yang dihormati.

 
At 12:09 PM, Blogger Zlhaykf said...

slanga apa benda?


bahasa selangor eh?

 
At 12:10 PM, Blogger cgfilza said...

Format :
Satu perkara awak lupa - setiap perenggan baru harus dimulakan dengan kata penghadap seperti, : Hadirin sekalian, Tuan-tuan dan p uan-puan yang dimuliakan, hadirin yang dihormati dan sebagainya...

 
At 12:11 PM, Blogger cgfilza said...

bahasa slanga ialah bahasa yang digunakan untuk membawa erti yang asal : cun ( cantik )

 
At 12:12 PM, Blogger cgfilza said...

Bahasa Slanga - bahasa yang diterbitkan oleh sekolompok masyarakat....contoh 'tuang' - minah KL kata 'tuang' untuk membawa erti ponteng kelas !

 
At 12:13 PM, Blogger Jyukkie said...

itulah tadi.. saya dah bilang... setiap perenggan dalam sebuah syarahan mesti ada 'saudara-saudari yang saya hormati sekalian...' cikgu terlepas baca saya punya eh?

Arjuna

 
At 12:14 PM, Blogger Zlhaykf said...

kata ganti nama diri selalu nya menggunakan tuan dan puan untuk kedua2 ucapan dan syarahan.

kdg2 syarahan juga ada menyindir pihak2 yang tertentu.

amirah fishball!!!

 
At 12:15 PM, Blogger cgfilza said...

Contoh-contoh soalan Syarahan :
Remaja kini terdedah dengan bahaya rokok./ Jika awak memberi syarahan, awak akan memberikan pandangan terhadap topik - mengapa, akibat, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dll....

 
At 12:16 PM, Blogger cgfilza said...

Sila berikan lebih ayat-ayat Kata Penghadap !!!
Oh Ya ! Setiap U & S harus diakhiri dengan Sekian. Terima kasih.

 
At 12:17 PM, Blogger cgfilza said...

Ooops jangan marah Arjuna ! ya.

 
At 12:20 PM, Blogger cgfilza said...

Baiklah, sekarang pastikan awak telahpun menyalin semua fakta-fakta yang boleh digunakan ke dalam dokumen masing-masing. Selepas itu kemas kini ( cantikkanlah nota awak itu )

 
At 12:29 PM, Blogger Zlhaykf said...

assalamualaikummmm. cepat la sumbangkannnnn. terima kasih.

 
At 12:31 PM, Blogger Zlhaykf said...

salam sejahtera kepada yang mulia tuan pengerusi majlis dan para2 hadirin sekalian, saya sipolan sipolan mewakili....'dot dot dot'

dengan ini saya akhiri ucapan saya. sekian terima kasih.

zulaiha.

belozzzzz weeeeeeeeeeeeee~

'asik 1st time amirah bagi salam..nyahaha..waalaikumasalam'

 
At 8:18 AM, Blogger semut cokot said...

assalamualaikum...

Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata.

Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala.
selalunya ucapan disampaikan dlm sesuatu majlis rasmi, pertndingn dan perhmpunn.

manakala syarahan pula berbeza dengan ucapan. syarahan membincangkan satu isu utama yang dikupas secara mendalam. syarahan selalunya dikaitkan dengan hal-hal keagamaan. ia banyak membincangkan tentang isu agama.

itu merupakan perbzaan yg saya tahu. jika slh tlg btulkn...
trma ksih...

 

Post a Comment

<< Home