2005-04-18

5N Beza Ucapan & Syarahan


Setelah meneliti kedua-dua penulisan yang berbentuk ucapan dan syarahan, kamu dikehendaki:
mencari perbezaan dan persamaannya ( berpandukan kertas tugasan yang telahpun diletakkan di dalam folder saya ).

-lengkapkan soalan dalam kertas tugasan
-laksanakan soalan ucapan ( setelah itu syarahan ) yang telah diberikan dalam senarai soalan dalam 'Jadual Latihan Intensif Kertas 1 '.

Kongsi dapatan kamu dengan menghantarkannya ke blog ini. Pastikan tiada pengulangan. Maklumat yang telah dihantar harus disalin. ( Salin kertas tugasan ke dalam MS Word supaya kamu boleh membuat catatan- setelah itu boleh dicetak di rumah ).

16 Comments:

At 9:04 AM, Blogger cgfilza said...

Ketika meneliti perbezaan mahupun persamaan ucapan dan syarahan, kamu harus melakukannya berdasarkan 3 kategori iaitu dari segi
1) Format ( Rasmi ? Tidak Rasmi ? Pembuka ? Penutup ? Tanda Tangan ? dan lain-lain )Bentuk soalannya ?
2 ) Bahasa ( Formal ? Tidak formal ? Kata Ganti Nama Diri ?
3 ) Nada / Gaya ( Formal atau tidak )

 
At 9:16 AM, Blogger cgfilza said...

Betul HawaAmera, kedua-dua perlu kata alu-aluan sebagai pembuka. Sekarang tugas kamu ialah fikirkan dan senaraikan apakah kata-kata aluan yang boleh digunakan.

 
At 9:17 AM, Blogger cgfilza said...

Pendahuluan dan penutup mesti dimulakan dalam perenggan yang baru ! ( U & S )

 
At 9:17 AM, Blogger cgfilza said...

Fikirkan apakah kata-kata penutup yang boleh digunakan untuk U & S

 
At 9:19 AM, Blogger cgfilza said...

Contoh ayat penutup :
"Sebelum saya mengundur diri, ingin saya ucapkan sekali lagi,......"
Ini yang saya hendak awak firkirkan dan salin dalam kertas Tugasan.

 
At 9:19 AM, Blogger cgfilza said...

Contoh ayat bagi mengucapkan terima kasih ?

 
At 9:22 AM, Blogger cgfilza said...

Puffin :
Ya - Syarahan menyatakan pandangan tetapi juga berdasarkan fakta-fakta
Ucapan : Tujuan menulisnya ?

 
At 9:24 AM, Blogger cgfilza said...

Ya Ameerahawa ! Contoh yang baik. ingat, sebelum memulakan setiap perenggan baru, mesti dimasukkan frasa :
-Saudara saudari sekalian
-tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
-para hadirin yann dimuliakan

Pelbagaikan !

 
At 9:27 AM, Blogger cgfilza said...

joeiromance :
Ya.
Kedua-duanya mesti ucap terima kasih dahulu kepada hadirin yang hadir. Tujuan juga harus diberikan untuk U & S dalam pendahuluan.

Bezanya, S: berbual tentang 1 topik
U: ucap selamat datang / selamat tinggal/ berikan taklimat dan sebagainya

 
At 9:32 AM, Blogger cgfilza said...

ameerahawa said...
kata-kata aluan yang boleh digunakan untuk Syarahan:


-Salam sejahtera
-Selamat pagi/petang/malam
-Terima kasih kepada sesiapa yang yang menghadir
-Tuan-tuan dan puan-puan
-Saudara dan saudari yang saya hormati

-Yang dimuliakan guru besar, para guru dan rakan-rakan sekalian...

 
At 9:35 AM, Blogger cgfilza said...

-Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir

 
At 9:36 AM, Blogger cgfilza said...

Contoh kata alu-aluan:
Selamat petang kepada tuan pengarah,datuk-datuk,datin-datin dan hadirin sekalian ( Cuba realistik sedikit. Di Singapura tiada datuk dan datin. Selalunya guru besar, menteri, pengerusi )

 
At 9:38 AM, Blogger cgfilza said...

saiful joee & areeeff

bahasa
contoh kata alu-aluan ( telah disemak )

syarahan- salam sejahtera,selamat pagi, terlebih dahulu, mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis

ucapan- yang mulia, yang diraikan,yang dimuliakan,yang disanjungi, terlebih dahulu, menerangkan mengapa mereka berada di sana.

 
At 9:47 AM, Blogger cgfilza said...

Baiklah, semua telahpun m=kenal bentuk Ucapan & Syarahan. Sebenarnya, kedua-duanya seakan-akan sama cuma perkara utama yang membezakannya ialah tujuan penulisannya.

 
At 4:40 PM, Blogger Cekgu Dilah - Syafiq said...

cikgu...tlg post definisi,jenis dan bentuk syarahan.....sy search xjmpe2 lg...please...tlg sy..

 
At 4:41 PM, Blogger Cekgu Dilah - Syafiq said...

ucapan pom sama...

 

Post a Comment

<< Home