2005-04-14

5N - 'O' 2000

Setelah menyemak jawapan, saya ingin kamu ajukan apa sahaja kemusykilan yang kamu ada. Sebelum saya menjawab pertanyaan tersebut, saya menggalakkan pelajar-pelajar yang lain cuba meleraikan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan kamu ( boleh rujuk kamus 'Karyanet ' ).
Setelah tamat sesi ini, kita akan teruskan dengan perbincangan jawapan bagi Bahagian C ( Mei 2000 kemudian Nov 2000 ). Setiap pelajar akan ditugaskan untuk menyumbangkan jawapan bagi 2 soalan. Pelajar yang lain haruslah memberi input ( kalau salah ataupun kurang isinya, kamu harus komen ). Sebelum memulakan jawapan hendaklah tulis seperti berikut :-
Soalan 42 ( Mei 2000 ) : Jawapannya.....

19 Comments:

At 9:45 AM, Blogger cgfilza said...

Bagus Saiful - tepat. Ayatnya juga baik ! Ada menggunakan penanda wacana.

 
At 9:48 AM, Blogger cgfilza said...

Nov 2000 45: mesti sebut ' seminggu sekali' & gantikan 'Akhirnya' dengan " Akhir sekali". Isi semua ada. Mungkin ayat yang kedua boleh ditiadakan.

 
At 9:50 AM, Blogger cgfilza said...

Mei 2000 ( 43 )Isi semua ada - cuma ada kesilapan bahasa.

Satu faktor yang mendorong Cik Zareena (menceburkan diri dalam bidang tersebut ) ialah masyarakat kita yang menghadapi kesulitan ( untuk )mendapatkan hamper barangan halal.Tambahan lagi, permintaan bagi hamper barangan halal kian meningkat kerana peningkatan taraf hidup masyarakat Singapura.

 
At 9:52 AM, Blogger cgfilza said...

Mei (44) : Jawapan awak merupakan contoh bagi isi yang telah gagal diberikan. Sila rujuk 'Folder' saya untuk mendapatkan isi-isi jawapan. Kemudian cuba bina ayat yang gramatis daripada isi-isi yang telah diberikan.

 
At 9:54 AM, Blogger cgfilza said...

Nov 2000 ( 46 ) ok.

 
At 9:57 AM, Blogger cgfilza said...

Mei ( 47 ) Mulakan jawapan dengan ' Sebagai seorang peniaga, Cik Zareena boleh dikatakan sebagai seorang yang ......

 
At 9:58 AM, Blogger cgfilza said...

Nov ( 44 ) hanya ada 1 isi sahaja ! Lagi 1 isi mana ?
Isi 2 : cara mengambil ubat serta kegunaannya. jawab semula.

 
At 10:01 AM, Blogger Ariff said...

ariff..
november 2000

soalan 42.

Anak sulung yang selalu sanggup menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur kerana anak yang sulung sudah biasa dengan memikul tanggungjawab sejak awal lagi.


HAWA MEREPEK!!!

 
At 10:03 AM, Blogger cgfilza said...

Mei 45 : Mulakan jawapan dengan " Sambutan yang diterima amat menggalakkan". Zul pastikan bahasa yang digunakan betul. Isi semua ada.

 
At 10:04 AM, Blogger cgfilza said...

Mei (48 )- ok

 
At 10:07 AM, Blogger cgfilza said...

November 2000

soalan 43 ( telah disunting ! Isi semua ada cuma banyak kesilapan bahasa ) )

Nyatakan tanggungjawab Puan Laila?

Tanggungjawab Puan Laila ialah untuk menjaga ibu dan bapanya yang sakit.Ibunya menderita penyakit ketumbuhan dalam perut.Oleh itu dia harus menjaga keselesaan, makan minum ibunya dan juga memberi ubat kepadanya.

 
At 10:09 AM, Blogger cgfilza said...

ariff..
november 2000 ( telah disunting !)

soalan 42.

Anak sulung yang selalu sanggup menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur kerana anak yang sulung sudah biasa memikul tanggungjawab sejak dari kecil lagi. Seorang anak slulung biasanya telah dididik menjaga adik-adiknya semenjak dia kecil.

 
At 10:10 AM, Blogger cgfilza said...

Saiful Johan
Soalan 47 Nov 2000( telah disunting ! )

47. Anak-anak Puan Laila bertimbang rasa kerana mereka memahami keadaan yang sedang dilalui oleh Puan Laila . Tambahan lagi, setiap kali nenek dan datuk mereka ada, mereka akan mengihurkan nenek dan datuk mereka. Dengan demikian mereka dapat meringankan beban ibu mereka Puan Laila.

 
At 10:11 AM, Blogger cgfilza said...

Nov 44 - ok

 
At 10:14 AM, Blogger cgfilza said...

mei 2000 slackerz - ok

 
At 10:16 AM, Blogger cgfilza said...

Bagus ayat itu Hawa ! Cuma 'ialah' tidak perlu tulis.

 
At 10:17 AM, Blogger Ariff said...

hawa sangat merepek. dia tidak tahu betutur dalam bahasa melayu kerana terlalu kerap menggunakan bahasa inggeris.

 
At 10:20 AM, Blogger cgfilza said...

Nov 2000
Soalan 48.( telah disunting !)OK - sesiapa ada jawapan lain - mungkin boleh diterima !
M.Saiful Fazrie dan Zul Macho
ngan Wan ARMStrong.

Dua pelajaran yang boleh saya perolehi daripada cerita ini ialah menjaga ibu bapa saya walaupun saya ada keluarga saya sendiri ( kembangkan ! ) dan menolong ibu bapa saya jika mereka berada dalam keadaan yang susah.

 
At 10:22 AM, Blogger cgfilza said...

Syabas semua kerana saya nampak perkembangan kamu! ( dari C ke B )! Ada harapan untu 'O'....Bagi mereka yang masih belum serius....hati-hati ya...nanti awak seorang yang menangis ...

 

Post a Comment

<< Home