2005-04-19

1E Peribahasa 2

Ruangan ini hanya untuk mereka yang belum buat sumbangan. Sila semak, berapa banyak peribahasa yang belum mempunyai cerita. Peringatan : Semua peribahasa yang telah dilengkapi ceritanya haruslah disalin dalam satu dokumen yang diberi nama CeritaPeribahasa_Irdayu dan disimpan di dalam Workspace masing-masing. Tugasan haruslah dilengkapkan pada hari ini.

24 Comments:

At 7:52 AM, Blogger cgfilza said...

Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi

Ok. Baik !

 
At 7:53 AM, Blogger cgfilza said...

Bagai hujan jatuh ke pasir

Baik ceritanya. ok

 
At 7:53 AM, Blogger cgfilza said...

kounseling = kaunseling

 
At 7:54 AM, Blogger Yul "The Fool" said...

Cikgu, saya tidak ada idea lagi untuk peribahasa saya [BERHAKIM KEPADA BERUK]. Saya berharap cikgu boleh tolong saya.

 
At 7:59 AM, Blogger yaya said...

cikgu,jika cerita kami tidak begitu jelas,haruskah kami membuat cerita baru???

 
At 7:59 AM, Blogger cgfilza said...

kembali ke pangkal jalan sahaja bukan kembali ke pangkal jalan yang betul

 
At 8:00 AM, Blogger cgfilza said...

Ya shahirah !

Sesiapa yang sudah habis buat sumbangan sila bantu shahirul dapatkan idea !

 
At 8:01 AM, Blogger cgfilza said...

Ya boleh !

Bukan datang dari keluarga miskin = Ayat yang betul ialah berasal daripada keluarga yang miskin.

 
At 8:04 AM, Blogger cgfilza said...

Iman ceritanya ok - cuma ketika menulis karangan, awak mesti hendak tekankan peristiwa yang menunjukkan Afiq itu ringan tulang, berat perut...bererti banyakkan penceritaan bahagian yang menunjukkan dia kini rajin berusaha.

Bagi mereka yang menyalin cerita ini, sila salin komen saya sekali sebagai peringatan ! ( saya harap awak buat perkara yang sama untuk lain-lain cerita yang telah menerima komen seperti ini ! )

 
At 8:05 AM, Blogger cgfilza said...

Bagi mereka yang menyalin cerita Iman, saya sarankan awak tukar ataupun perbaiki bahasanya.

 
At 8:06 AM, Blogger Yul "The Fool" said...

Sesiapa yang boleh tolong saya??

 
At 8:06 AM, Blogger yaya said...

[sebab buah dikenal pohonnya]
Hafiz adalah seorang budak yang berbudi-bahasa dan berkelakuan baik.Dia bukan hanya dikenali sebagai murid yang baik tetapi juga pandai.Dengan penampilannya yang baik ini,dia dapat menunjukkan bahawa ibu bapanya juga sebegitu.cerita ini menyampaikan makna peribahasa sebab buah dikenal pohonnya.

 
At 8:06 AM, Blogger nadiaaahhhh said...

[Melepaskan Anjing Tersepit]
Haikal adalah seorang murid yang dikenali ramai. Suatu hari, apabila dia sedang berjalan pulang, dia jatuh tersandung batu. Hafiz ,rakan sedarjahnya terus menolongnya.Setelah Hafiz menolong Haikal ke perhentian bas, Haikal menolaknya ketepi sehingga dia terjatuh. Dia pun tidak mengucapkan terima kasih.
Pertolongan Hafiz kepada Haikal seperti Melepaskan Anjing Tersepit.

 
At 8:08 AM, Blogger cgfilza said...

shahirah : Yang penting awak mesti tunjukkan apa peristiwa yang berlaku yang membuat orang kata " sebab buah dikenal pohonnya ?" Apa yang telah pelajar itu lakukan ? Kebaikannya ?

 
At 8:11 AM, Blogger cgfilza said...

Cerita Nadiah boleh disalin ...cuma tambah : lakarkan watak Haikal yang sememangnya jahat.... Walaupun Hafiz tahu Haikal bukan budak baik tetapi dia tetap menolongnya kerana kasihan. Tetapi dibalas dengan 'kejahatan' iaitu Haikal ditolaknya pula....

 
At 8:11 AM, Blogger Yul "The Fool" said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 8:14 AM, Blogger cgfilza said...

Boleh disalin :
-bagai harimau beranak muda
-belakang parang pun akan tajam jikalau diasah nescaya tajam
-seperti labah-labah cinta kepada telurnya
-seperti tikus membaiki labu
-air dicencang tiada putus
-ringan tulang berat perut
-hujan jatuh ke pasir
-bukannya diam penggali berkarat.....
-bagai kaduk naik junjung
-bagimana acuan begitulah kuihnya
-melepaskan anjing tersepit

 
At 8:18 AM, Blogger yaya said...

[sebab buah dikenal pohonnya.]
Pada suatu hari,Jazimin ternampak seorang wanita tua yang sedang mambawa banyak barang.Dia amat kasihankan orang tua itu lalu menghampiri untuk menolong wanita tersebut.Pada keesokkannya,dia dipuji di hadapan seluruh sekolah.Oleh kerana perbuatannya itu,dia dapt menunjukkan bahwa ibu bapanya juga berkelakuan baik.Cerita ini cuba menyampaikan peribahasa sebab buah dikenal pohonnya.

 
At 8:19 AM, Blogger nadiaaahhhh said...

[Namanya sudah saya tukarkan...]

Ali adalah seorang murid yang dikenali ramai tetapi dia juga seorang murid yang jahat. Suatu hari, apabila dia sedang berjalan pulang, dia jatuh tersandung batu. Hafiz ,rakan sedarjahnya terus menolongnya. Setelah Hafiz menolong Ali ke perhentian bas, Ali menolaknya ketepi sehingga dia terjatuh. Dia pun tidak mengucapkan terima kasih.
Pertolongan Hafiz kepada Ali seperti Melepaskan Anjing Tersepit.

 
At 8:21 AM, Blogger cgfilza said...

Melepaskan batuk di tangga]

Ok- cuma insiden yang harus ditekankan ialah peristiwa yang menunjukkan ketidak sungguhan si watak ( yang seperti melepaskan batuk di tangga ). Cerita awak harus banyak berkisar tentang ini. Akibatnya hanya diceritakan sedikit sahaj dan awak sebenarnya tidak perlu lanjutkan cerita yang menggambarkan apa yang berlaku selepas dia 'tersedar' akan sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.
Ok - Boleh disalin. Sesiapa ada idea lain ?

 
At 8:29 AM, Blogger Yul "The Fool" said...

[BERHAKIM KEPADA BERUK]

Azman ialah seorang murid yang tamak.Dia selalu tidak meminjam diut kepada kawannya.Suatu hari, kawannya Haziq meminta tolong dari Azman. " Azman, saya hendak pertolongan awak! Boleh saya meminjam tiga dolar dari awak?!" Haziq tahu Azman seorang yang tamak."Tidak! Saya tidak akan meminjam duit kepada awak!""Saya harus mengumpul duit untuk projek saya!Saya harus dapatkan tiga dolar pada hari ini!"Tetapi Azman buat bodoh sahaja. Beberapa hari kemudian, ibu Azman tidak memberi duit harian kepada Azman. Kasihan dia meminjam duit kepada kawan-kawannya untuk membeli makan!

 
At 8:33 AM, Blogger cgfilza said...

Masih kurang tepat Shahirul...

Ada dua orang pemuda yang sedang bertengkar tentang wang. Ali dan Ahmad nama mereka. Ali katakan dia harus mendapat lebih wang daripada Ahmad kerana dia telah memberi sumbangan yang lebih dalam tugas yang dilaksanakan. Untuk menyelesaikan masalah mereka telah mendapatkan pertolongan Hashim yang tamak. Mereka mahu Hashim menolong membahagikan wang secara adil antara mereka. Hashim yang tamak telah mengambil peluang ini untuk meraih keuntungan. Akhirnya kedua-dua pemuda itu hanya mendapat sedikit wang kerana yang lainnya telah diambil oleh Hashim atas alasan wang itu merupakan duit upah penatnya.

 
At 8:34 AM, Blogger Yul "The Fool" said...

Terima kasih cikgu!

 
At 8:36 AM, Blogger cgfilza said...

Ok- tapi masukkan peristiwa di mana ibu bapanya juga banyak terlibat dalam membuat kerja-kerja amal, merupakan pasangan yang baik dan sebagainya.

 

Post a Comment

<< Home