2005-05-03

Surat Tidak Rasmi - 4N - 2001 'N'

Baiklah kamu semua sedang sibuk memikirkan isi-isi bagi menjawab soalan ini. Sesiapa yang ingin menyumbangkan idea, sila lampirkannya di ruangan ini. Mungkin kawan-kawan yang lain boleh memanfaatkannya ataupun memperbaikinya. Ruangan ini juga dibuka kepada mereka yang kurang yakin tentang idea mereka. Lampirkannya dan saya dan rakan-rakan yang lain akan cuba membantu !

5 Comments:

At 8:19 AM, Blogger cgfilza said...

Ingat, bagi soalan ini , pertama sekali kamu harus menasihati si kawan kamu itu tentang pengabaiannya terhadap pelajarannya disebabkan selalu di 'Internet'. Kedua, berikannya cara-cara ( lebih daripada 1 ) untuk membahagikan masa ( untuk pelajaran dan santai ).

 
At 8:25 AM, Blogger cgfilza said...

Sekarang, berikan perkembangan isi bagi menjawab bahagian pertama soalan ini. Tentang kawan kamu yang sering berbual di talian Internet - apa yang harus awak tulis tentang isi utama ini ?

 
At 8:26 AM, Blogger cgfilza said...

Ingat, pendahuluan selalunya dimulakan dengan ucap salam dan tujuan kamu menulis surat.....ringkas sahaja !

 
At 8:41 AM, Blogger cgfilza said...

Lala = OK

 
At 9:49 AM, Blogger cgfilza said...

Saya ingin ingatkan sekali lagi- gunakan bahasa yang baku ketika menulis komen kamu !!!

Baiklah setelah menyatakan kesan jangka pendek ( sumbangan aboi) dan kesan jangka panjang ( sumbangan Lutfi ), kini pastikan isi seterusnya memberikan cara-cara bagi membantu rakan kamu itu membahagikan masa dengan bijak. Ingat bahagian ini kamu perlu realistik - reka satu jadual yang memasukkan waktu belajar dan juga waktu santai !!

 

Post a Comment

<< Home