2005-07-07

4E- Berakhirnya Lisan


Wahai para pelajar sekalian, tamatlah sudah peperiksaan lisan bagi para pelajar kelas kita. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mendapatkan pendapat kamu tentang lelaman bahasa Melayu sekolah ini. Berikanlah pandangan yang membina dan jika sesiapa yang dapat menghulurkan lebih bantuan daripada itu, silalah 'menyerah' diri. Sila nyatakan ( salah satu ataupun kesemuanya ) :

  1. Pandangan tentang lelaman yang baru 'dilahirkan' dan masih dalam proses pembinaan.
  2. Apakah yang kamu inginkan dalam lelaman ini ?
  3. Apakah yang harus ada dalam lelaman seperti ini ?
  4. Bagaimanakah kita dapat menarik minat para pelajar ( PRSS dan lain-lain sekolah ) untuk menggunakan lelaman ini ?
  5. Bagaimanakah kita boleh mempromosikan lelaman ini ?
  6. Adakah cara bagi kita untuk 'membuka' lelaman ini kepada pelajar yang bukan Melayu ?( dalam usaha menerapkan Pendidikan Nasional ).

Terima Kasih !!!

Cikgu Filza.

22 Comments:

At 10:10 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 10:11 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 10:14 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

satu laman yang bagus bagi pelajar untuk mencari maklumat dan berlatih dlm bahasa melayu mereka.
Template buatla style2 sikit.....yang atas nyer faizal sebenarnya anas

 
At 10:15 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 10:16 AM, Anonymous Anonymous said...

musik! =)

 
At 10:19 AM, Blogger Firah Mohd said...

Pada pendapat saya,lelaman ini harus memperbanyakkan isi seperti gambar-gambar, infomasi-infomansi yang berkaitan dengan sekolah dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Ia juga harus mempunyai contoh-contoh karangan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. ia boleh diwawarkan melalui wadah internet juga. Contohnya, para pelajar yang mempunyai lelaman mereka sendiri, boleh meletakkan alamat lelaman tinta.prss ini.

Lyziana dn Musfirah

 
At 10:19 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

templatenya harus lebih menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Juga video aktiviti-aktiviti seperti bahas dan sebagainya. Ia juga leih baik jika kami dapat download kertas2 latihan.

 
At 10:21 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

letak muzik...
lebih menarik jika ader video utk aktiviti-aktiviti seperti bahas dan tahun baru cina...

 
At 10:25 AM, Blogger Muhammad Faizal said...

syabas saya ucapakan terutama sekali kepada cikgu filza dan rakan2 lain kerana dapat mengadakan leleman khususnya untuk para pelajar prss..........harus diperbaiki bagi menarik para pelajar bagi melayari lelaman ini.......sekian terima kasih.....oleh:isa

 
At 10:26 AM, Blogger Jyukkie said...

1. . Lelaman yang baru dilahirkan boleh diperbaiki dengan mencanggihkan lagi warna-warna latar belakangnya [background]. Ini adalah untuk menarikkan lagi perhatian mereka-mereka yang melungsuri lelaman tersebut.

Mungkin cikgu boleh memaparkan nama-nama mereka yang berjaya mendapat pelajar terbaik atau yang lain-lain lagi. Cikgu pun boleh memuatkan karya-karya yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah menengah Pasir Ris sendiri. Ini boleh memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar dan juga menunjukkan contoh yang harus diikut kepada mereka. Mungkin cikgu pun boleh memuatkan permainan yang dapat menguji kepintaran seseorang.

1. Cikgu boleh menyuruh atau meminta salah satu daripada pelajar-pelajar kita untuk menghasilkan sebuah poster ataupun iklan dan memaparkannya di kawasan sekolah. Iklan itu harus menarik perhatian orang ramai, guru-guru juga harus sering menyebut tentang lelaman ini jika inginkan pelajarnya mendapatkan maklumat.

1. Bagaimanakah kita boleh mempromosikan lelaman ini ? Boleh mengadakan suatu projek tentang bagaimana cara yang paling berkesan untuk mempromosikan lelaman ini.

1. Ada. Boleh mengadakan sebuah kategori untuk yang bukan berbangsa Melayu. Mungkin dalam kategori itu ada keterangan tentang asas Bahasa Melayu. Selepas itu mereka boleh menguji tahap mereka dan sesiapa yang dapat menamatkan ujian itu boleh dihadiah.

 
At 10:38 AM, Blogger cgfilza said...

Shafriena : Kamu inginkan hiburan dan penlajaran. Cuba berikan contoh :)

 
At 10:38 AM, Blogger cgfilza said...

anilama- muzik, bukan musik !

 
At 10:43 AM, Blogger cgfilza said...

Terima kasih naYA dan lain-lain atas komen-komen kamu. Saya amat menghargainya. Sebenarnya memang saya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk lelaman ini. Malangnya saya kekurangan kakitangan. Lagipun, yang menghasilkannya bukan profesional tetapi saya dan juga para pelajar saya dari menengah 3. Dari itu, banyak masalah teknikal yang perlu diatasi dan dipelajari dan ini melambatkan proses menyiapkan dan menyempurnakan lelaman ini.

 
At 10:46 AM, Blogger cgfilza said...

Saya minta agar lebih ramai dapat memberikan idea-idea yang boleh diterapkan ke dalam lelaman kita ini. Cuba lebih spesifik. Ada antara kamu yang memberikan pandangan ataupun cadangan secara umum. Saya perlukan idea kamu kerana kamulah yang akan menggunakan lelaman ini kelak. Tetapi dalam memberikan cadangan, kita harus akur akta hak cipta. Dari itu untuk memasukkan muzik dan sebagainya, mungkin sukar. Kecuali muzik gubahan pelajar kita sendiri !!! Ya Hydil !!!

 
At 7:00 PM, Blogger Jyukkie said...

cikgu. Saya adalah Naya.

-Arjuna [lupa hendak memberitahu nama saya. Maaf.]

 
At 7:04 PM, Blogger Jyukkie said...

Cikgu. Saya ingin sekali membaca karya yang ditulis oleh para guru handalan yang kita ada di sekolah. Saya ingin membuat karya-karya hasil guru-guru kami sebagai inspirasi ataupun contoh. Boleh tak cikgu? Lepas itu cikgu boleh meletakkan satu segmen yang mengandungi karya-karya [dalam betuk cerpen, karangan argumentatif mahupun surat kiriman]di dalamnya.
Terima Kasih.

-Arjuna

 
At 12:17 PM, Blogger Zlhaykf said...

tinta prss? hmm.. mungkin sebab kekurangan 'tenaga manusia'.. lelaman ini agak kosong sedikit..macam tak ada maya gitu... okeee... sekian terima kasihhhh

 
At 12:23 PM, Blogger Zlhaykf said...

tidakk... tidak boleh letak laguuu... copyright... awak tidak baca suratkhabar eh hydil? ish ish ish

 
At 12:24 PM, Blogger Muhammad Faizal said...

masukkan lagu anas

 
At 12:25 PM, Blogger us, with love said...

Errmmm...terutama sekali, template lelaman itu kurang menarik. Mungkin boleh diubah dengan menggunakan warna-warna yang lebih terang. Mungkin Tag-board boleh diadakan supaya murid-murid boleh memberikan pandangan mereka. Pautan ke lelaman kamus terjemahan juga boleh memanfaatkan murid-murid. Bagi membantu murid-murid bukan melayu...hmm...apasal mereka hendak melungsuri lelaman ini??

Sya & Seha

 
At 12:25 PM, Blogger Jyukkie said...

Cikgu tentang kakitangan saya ada beberapa cadangan. Cikgu sebenarnya boleh menyuruh pelajar-pelajar menengah 1 dan 2 untuk melaksanakan sebuah projek seperti apa yang kita pernah lakukan tahun lepas, iaitu Projek Budaya dan projek terbaik dipilih dan di'link' kan ke dalam tintaprss.com. Mungkin bengkel Dreamweaver boleh dikendalikan lagi untuk para pelajar menengah 1 dan 2.

 
At 12:29 PM, Blogger Jyukkie said...

letak banyak gambar khaldun, 'confirm' ramai org tengok. Template sudah bagus, melambangkan budaya dan bahasa kita. Seterusnya, boleh lagi diletakkan fail-fail yang mengandungi video-video yang terkini diiringi dengan isu-isu terhangat masa kini dan resipi-resipi makanan yang lazat-lazat belaka.
-Khaldun

 

Post a Comment

<< Home