Membina Soalan 4E
Para pelajar sekalian, hari ini kamu mempunyai tugas yang besar lagi berat. Kamu dikehendaki memikirkan soalan-soalan 'cepu emas' yang mungkin diuji untuk peperiksaan 'O', berdasarkan tema yang telah kamu sendiri tetapkan semalam. Saya harap kamu serius dalam menjalankan tugasan. Taipkan 'soalan-soalan' yang dapat kamu fikirkan. Jangan risau jika ada kesilapan bahasa, saya akan perbaikinya. Setiap kumpulan ditugaskan menyumbangkan 2-3 soalan. Selalu-selalulah lihat apa yang telah disumbangkan supaya pengulangan dapat dielakkan dan tugas kita ini akan menjadi lebih efektif ( berkesan ) dan bermanfaat. Ingat tumpuan kita ialah soalan-soalan untuk Bahagian A ( SKR/ SKTR / Dialog/ Ucapan / Syarahan ) Jika semua fokus, kita akan dapat selesaikan tugasan ini dan mulakan bab yang baru pada minggu hadapan iaitu - memikirkan bagaimana harus kita jawab soalan-soalan tersebut !