Salam sejahtera pelajar-pelajarku yang disayangi. Bagaimanakah cuti kamu sejauh ini ? Saya berharap kamu sedang berseronok. Saya di sini ada sedikit tugasan untuk kamu. Jangan khuatir. Tugasan yang bakal diberikan tidak berat sangat. Cuma terbahagi kepada 3 perkara sahaja. Itupun tidak perlu dilaksanakan serentak. Boleh dilaksanakan secara bertahap. Saya syorkan kamu lakukannya secara bertahap, ertinya tugasan A pada minggu ini, tugasan B pada minggu hadapan dan tugasan C pada minggu seterusnya. Pastikan semua tugasan yang diberikan dilengkapkan dengan sempurna. Bagi mendapatkan salinan tugasan, kamu dikehendaki ke lelaman ini :
http://groups.msn.com/tamancikgufilza
Dalam lelaman di atas ini , saya ada lampirkan ( attach ) kertas latihan / tugasan kamu di dalam folder dokumen. Kamu bolehlah membuat salinan ke dalam disket ataupun mencetakkannya. Semua tugasan haruslah dihantarkan pada hari Isnin ( semasa pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan - tepat pada pukul 2.30 petang di Bilik ICT 2 ). ( Sesiapa yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada kelas saya ! )
Saya ingin semua yang sudah membaca arahan ini dan sudahpun mendapat salinan tugasan dari lelaman yang tertera di atas, menjawab ( menulis komen ) ke blog ini supaya saya dapat pastikan siapa yang sudah memasuki blog ini dan siapa yang belum. Bagi mereka yang tiada Internet, saya pasti, kamu akan membantu rakan-rakan kamu itu dengan membuatkan salinan tugasan untuk mereka. Dari itu, dalam komen, nyatakan siapa yang kamu tolong dan sebab-sebabnya sekali. Jika ada apa-apa masalah sila kemukakan kemusykilan kamu itu kepada saya melalui saluran ini. Saya akan cuba menjawab semua pertanyaan yang ada.
Salam Manis
Cikgu Filza